Pada masa ini, sangat sukar mencari kerja. Malah yang bekerja pun mula
runsing memikirkan adakah mereka juga bakal diberhentikan kerja. Jadi
pilihan mereka untuk mmendapat kerjaya yang stabil yang dapat menjamin
masa depan mereka adalah dengan menyertai sektor awam. Akan tetapi,
adakah mudah untuk mengisi atau memasuki bidang kerja sektor awam?
Ianya tidak semudah seperti yang disangkakan. Sangat susah sebenarnya…
Anda perlu bersaing dengan 200 - 500 pesaing yang lain bagi hanya
satu kekosongan jawatan sahaja! Bagaimana untuk menjadikan diri
anda yang terpilih di kalangan calon yang begitu ramai ini?
Untuk bergelar sebagai penjawat awam, anda perlu melalui temuduga SPA
terlebih dahulu samada SPA Persekutuan mahupun SPA Negeri. Apabila
anda telah mengisi borang permohonan bagi jawatan dalam SPA, jika
berjaya, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Adakah anda membuat persediaan bagi menghadapi temuduga tersebut?
Tahukah anda bahawa tanpa membuat apa-apa persediaan sebelum
menghadiri temuduga SPA, kebarangkalian anda untuk berjaya adalah 2%
sahaja. Itupun jika anda memang dilahirkan sebagai orang yang hebat dan
genius. Tidak kira anda berkelulusan luar negara mahupun dalam negara,
ianya tidak menjamin anda akan lulus temuduga tersebut.
Untuk mengahadiri temuduga SPA, anda perlu tahu beberapa perkara asas
terlebih dahulu.
Yang Patut Anda Elakkan Semasa Temuduga:
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika
berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa
bosan dan menyampah kepada anda :
1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tidak kiena
mengena dengan soalan yang ditanya secara keterlaluan/berlebihan.
2. Tidak memberikan tumpuan/fokus kepada penemuduga tertentu
apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga atau mengalih
perhatian panel dengan bercakap kepada perkara lain
4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga konon-kononnya
andalah yang terbijak, ini dapat dilihat dengan jawapan yang anda
berikan.
5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat /besar dalam temuduga
anda (kononnya ada kabel besar la ni) dengan harapan penemuduga
tersebut kagum dengan anda.
6. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan
terlalu teknikal (sepatutnya panel yang tanya anda, bukannya anda
menanyakan panel…). Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan dan
membengangkan penemuduga, malah akan membuatkan panel penemuduga merasa muak
dengan anda dan seterusnya menggelapkan peluang untuk anda dipilih.
Jadi, elakkan perkara-perkara sebegini berlaku.! Kadangkala kita tidak
menyedari apa yang kita buat tu sebenarnya membuatkan orang tidak suka
pada kita walaupun kita sendiri merasakannya sangat bagus.
dengan anda dan seterusnya menggelapkan peluang untuk anda dipilih.
Jadi, elakkan perkara-perkara sebegini berlaku.! Kadangkala kita tidak
menyedari apa yang kita buat tu sebenarnya membuatkan orang tidak suka
pada kita walaupun kita sendiri merasakannya sangat bagus.
Benar atau tidak jika saya katakan bahawa anda pasti naik darah jika orang
memandang rendah atau menghina-hina anda? Sudah pasti!. Semasa
berada di bilik temuduga, kerapkali anda akan ditanyakan soalan-soalan
yang anda kurang bersedia dan kadangkala seolah-olah "mencabar"
kewibawaan anda. Ini sebenarnya adalah strategi panel penemuduga untuk
menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang “cool”, cepat marah,
kurang bersabar dan sebagainya.
Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Sedarkan diri anda bahawa penemuduga hanya sedang menguji anda
2. Jawab petanyaan dengan jelas dan lantang..Jangan terlalu laju atau
terlalu perlahan.
terlalu perlahan.
3. Buangkan sifat ego anda..rendahkan diri
4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya
penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk
membidas
5. Senyumlah, walaupun ianya dibuat-buat
6. Tunjuk dan buktikan bahawa anda benar-benar berminat dengan
jawatan yang dipohon. Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan
terburu-buru menjawab soalan-soalan sebegini, ambil masa untuk
berfikir sejenak, dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
Jika anda terburu-buru menjawabnya dikhuatiri anda akan hilang daya
tumpuan dan tidak dapat mengawal emosi. Silap haribulan boleh berperang
mulut dengan panel penemuduga.
Penjagaan Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga :
1. Jangan sekali-kali menipu semasa dalam temuduga:
2. Jika anda tidak tahu jawapan, janganlah cuba hendak berbohong
ataupun mendiamkan diri sahaja. sebaiknya anda bercakap terus
terang sahaja yang anda tidak tahu jawapannya.
3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda,
persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
4. Jangan cuba berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa
temuduga. Mereka tidak ingin mendengarnya.
5. Jika ditanya pengalaman bekerja dahulu, berilah keterangan dengan
ringkas dan tepat
6. Jangan sekali-kali anda memburukkan bekas majikan anda. Ceritalah
yang baik-baik sahaja.
7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang sebenarnya, tetapi
janganlah membangga-banggakan diri sekiranya kelayakan anda itu
terlalu hebat.
8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang
berkenaan dengan jawatan yang dipohon itu,.
9. Biarkan panel penemuduga sendiri yang akan menamatkan
temuduga.
10. Anda perlu ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana telah
menemuduga anda.
PENILAIAN TEMUDUGA :
Tahukah anda dalam temuduga biasanya panel penemuduga akan menilai
diri anda berdasarkan pencapaian seperti di bawah :
Amat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
Catitan
Apakah yang dinilai oleh panel penemuduga ?
FIZIKAL
Kekemasan dan cara anda berpakaian tidak kira lelaki ataupun perempuan.
TINGKAHLAKU
Perlakuan am, kesopanan, gaya dan ketenangan yang ada pada diri anda.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Tenang, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan
perkataan dan penyampaian yang jelas semasa sesin temuduga.
KEYAKINAN
Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.
KEWIBAWAAN
Personaliti yang tegas, keupayaan untuk menyakinkan dan
mempertahankan hujah.
MOTIVASI
Desakan dan kesungguhan, penyertaan dalam perbualan/perbincangan.
PEMBAWAAN
Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas, kawalan
emosi.
KECERDASAN
Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan
berfikiran logik.
PENGETAHUAN
Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman
PENILAIAN TEMUDUGA SELURUHNYA…..
Jikalau anda tidak berjaya temuduga itu, janganlah berputus asa. Belajar
dari pengalaman. Setiap kali anda ditemuduga, ianya akan menambahkan
lagi pengalaman anda dan anda juga akan berpeluang untuk membaiki
apa-apa kesilapan yang lalu. Semua yang dipanggil mempunyai peluang
yang sama. Berusaha dan bertawakal. Yang penting kita berusaha
bersungguh—sungguh.
PENUTUP
Itu sajalah yang dapat saya kongsikan untuk anda manfaatkan apabila
anda menghadiri temuduga SPA kelak. Apa saya sampaikan ini hanya
merupakan perkara asas saja sebagai panduan percuma kepada anda.
Untuk lebih lanjut,soalan spot yg mungkin ditanya anda boleh ke link di bawah:
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=arekis
Thanks... info ini memang berguna.
ReplyDeletesoalan spot memang byk m'bantu saya.