MELAKA: Jumlah kehadiran pengunjung ke negeri ini mencatatkan peningkatan 134 peratus iaitu seramai 650,478 pelancong dalam dan luar negara sehingga Mac lalu berbanding 419,901 orang bagi tempoh sama tahun lalu.Situasi berkenaan begitu membanggakan kerana Melaka kini menjadi destinasi popular dan kerap dikunjungi pelancong.Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani, berkata peningkatan itu sesuatu yang positif kerana menunjukkan Melaka sebagai destinasi pelancongan terkenal dan menjadi pilihan setiap pelancong.Menurutnya, walaupun pada Februari jumlah pelancong agak berkurangan, namun peratusan yang berkunjung ke muzium mencatatkan peningkatan 35.5 peratus iaitu seramai 152, 667 pada Mac lalu berbanding 111, 018 pelancong bagi tempoh sama.
“Bagi mencapai status Melaka Maju 2010, pelbagai cadangan disarankan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilaksanakan bagi memastikan Melaka tetap menjadi pilihan untuk pelancong datang berkunjung.
“Ini kerana muzium tidak patut dijadikan tempat longgokan barang usang ataupun sekadar ‘sekolah gambar’ tetapi perlu dilihat sebagai satu khazanah yang mampu menarik perhatian pelancong,” katanya.Beliau berkata, pihaknya yakin dengan hasil usaha gigih warga Perzim menyediakan pelbagai program kerana setiap masyarakat terutama pelancong akan mendapat manfaat bersama.Katanya, antara program yang sudah dilaksanakan ialah Pesta Masakan Warisan, pameran berkala dan program ‘Sleepover @ the Museum’ atau Bermalam di Muzium yang memberi kesempatan kepada orang ramai bagi merasai pengalaman bermalam di muzium.“Diharapkan segala usaha positif yang dilakukan oleh Perzim ini dapat dilihat sebagai satu peneraju industri pelancongan di negeri ini,” katanya.
-Harian Metro
No comments:
Post a Comment