blockquote { margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; border-left: 6px solid #f7e8d8; border-right: 6px solid #f7e8d8; color: #ba8247; } code { color: #ba8247; } hr { display: none; } /* layout ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper { margin: 0 auto; width: 900px; text-align: left; font: normal normal 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header-wrapper { padding-bottom: 15px; background:url(http://img444.imageshack.us/img444/103/headbgzc4.jpg) no-repeat left bottom; } #header { background: #634320 url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_header.gif) repeat-x left bottom; } #content-wrapper { position: relative; width: 900px; background: #f7f0e9 url(http://i61.photobucket.com/albums/h59/c_stavanger/thisaway-back.jpg) repeat-y left top; } #main-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 2px; padding: 0; width: 480px; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #main { padding: 22px 8px 0 8px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_content.gif) repeat-x left top; } .post { margin: 0 8px 14px 21px; padding: 0; border-bottom: 3px solid #f7e8d8; } #comments { margin: 0 16px 14px 29px; padding: 10px; border: 1px solid #f0e0ce; background-color: #f5ede4; } .sidebar-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 3px; width: 200px; color: #634320; line-height: 1.4em; font-size: 90%; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar.gif) repeat-x right top; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } .sidebar { padding: 7px 11px 0 14px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar_arrow.gif) repeat-y right top; } .sidebar .widget { margin-bottom: 20px; } #footer-wrapper { padding-top: 15px; background: url(http://img184.imageshack.us/img184/5586/bottombglh3.jpg) no-repeat left top; clear: both; } #footer { background: #4A2F15; text-align: center; min-height: 2em; } /* headings ----------------------------------------------- */ #header h1 { margin: 0; padding: 24px 0 0 84px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_header.gif) no-repeat 16px 26px; } h2.date-header { margin: 0; padding: 0 0 0 29px; text-transform: uppercase; color: #c8ab8f; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_date.gif) no-repeat 13px 0; font-size: 80%; font-weight: normal; } .date-header span { margin: 0 0 0 5px; padding: 0 25px 0 25px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_date.gif) no-repeat 0 0; } .sidebar h2 { padding: 1px 0 0 36px; color: #bd9e80; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_heading.gif) no-repeat 0 45%; font: normal bold 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .sidebar .Profile h2 { color: #957252; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_profileheading.gif) no-repeat 0 45%; } .post h3 { margin: 13px 0 13px 0; padding: 0; color: #ba8247; font-size: 140%; } .post h3 a, .post h3 a:visited { color: #ba8247; } #comments h4 { margin-top: 0; font-size: 120%; } /* text ----------------------------------------------- */ #header h1 { color: #fef6ee; font: normal bold 200% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header .description { margin: 0; padding: 7px 16px 0 84px; color: #fef6ee; font: normal normal 80% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .post-body p { line-height: 1.4em; /* Fix bug in IE5/Win with italics in posts */ margin: 0; height: 1%; overflow: visible; } .post-footer { font-size: 80%; color: #c8ab8f; } .uncustomized-post-template .post-footer { text-align: right; } .uncustomized-post-template .post-footer .post-author, .uncustomized-post-template .post-footer .post-timestamp { display: block; float: left; text-align: left; margin-right: 4px; } p.comment-author { font-size: 83%; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } .comment-body p { line-height: 1.4em; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; margin-bottom: 0.5em; margin-left: 29px; } #footer .widget { margin: 0; padding: 0 0 15px 55px; color: #fef6ee; font-size: 90%; line-height: 1.4em; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_footer.gif) no-repeat 16px 0; } /* lists ----------------------------------------------- */ .post ul { padding-left: 32px; list-style-type: none; line-height: 1.4em; } .post li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #comments ul { margin: 0; padding: 0; list-style-type: none; } #comments li { padding: 0 0 1px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 3px; } .sidebar ul { padding: 0; list-style-type: none; line-height: 1.2em; margin-left: 0; } .sidebar li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #blog-pager-newer-link { float: left; margin-left: 29px; } #blog-pager-older-link { float: right; margin-right: 16px; } #blog-pager { text-align: center; } /* links ----------------------------------------------- */ a { color: #bf4e27; font-weight: bold; } a:hover { color: #8f3213; } a.comment-link { /* ie5.0/win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } html>body a.comment-link { /* respecified, for ie5/mac's benefit */ background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } .sidebar a { color: #e2a059; } .sidebar a:hover { color: #ba742a; } #header h1 a { color: #fef6ee; text-decoration: none; } #header h1 a:hover { color: #d9c6b4; } .post h3 a { text-decoration: none; } a img { border-width: 0; } .clear { clear: both; line-height: 0; height: 0; } .profile-textblock { clear: both; margin-bottom: 10px; margin-left: 0; } .profile-img { float: left; margin: 0 5px 5px 0; padding: 3px; border: 1px solid #ebd4bd; } .profile-link { padding: 0 0 0 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_blue/icon_profile.gif) no-repeat 0 0; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #main, body#layout #sidebar { padding: 0; } -->

Monday, April 27, 2009

Abu Dhabi kota pelancongan




Ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) jadi tumpuan sebagai pusat bebas cukai, tarikan seni bina moden

SUATU ketika dulu, jika disebut Abu Dhabi, ramai yang keliru antara ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini dengan Addis Ababa, ibu negara Ethiopia atau Habsyah. Tidak kurang juga yang tidak pasti di mana lokasinya biarpun mengetahui ia terletak di Timur Tengah atau Asia Barat. Sejajar kedudukannya sebagai ibu kota UAE yang merangkumi 70 peratus keluasan kawasan, Abu Dhabi sudah lama berusaha untuk keluar daripada bayangan negara jirannya seperti Arab Saudi dan Oman yang begitu menyerlah.


Kemasukan pegawai dagang asing yang kerap ke Dubai untuk mengecapi kehidupan di negara bebas cukai dan sinaran matahari sepanjang tahun itu, turut mengekalkan reputasi bandar raya ini sebagai kota yang amat berpengaruh. Sudah pasti, dengan pembangunan pesat menerusi pelaburan melebihi RM360 bilion di ibu negara ini selama beberapa tahun, tidak mustahil Abu Dhabi bakal muncul antara lokasi terkenal di dunia.



Bersempadankan Arab Saudi dan Oman, UAE mewakili tujuh Emiriah. Jika disoroti sejarahnya sejak 35 tahun lalu, Abu Dhabi yang juga Emiriah terbesar ketika ini, pada asalnya hanyalah padang pasir. Kini, landskap ekonomi dan visualnya sudah berubah pesat, selaras kemajuan yang dinikmatinya. Perjalanan menyusuri jalan rayanya memberikan pengalaman yang sungguh mengasyikkan. Gabungan seni bina unsur moden yang diselang seli dengan unsur tradisional iaitu Timur bertembung Barat, membolehkan pengunjung membuat pilihan seperti mencuba kopi Arab yang beraroma di kafe kecil tempatan atau menyeberang jalan untuk menikmati ‘skinny latte’ di kafe jenama asing popular.





Panorama indah Abu Dhabi pada waktu malam.
Tidak cukup itu, deretan bangunan hotel pencakar langit yang sebegitu banyak dan lebih dominan berbanding kubah masjid juga tidak kurang indahnya. Jika diamati, deretan bangunan bank dan kedai emasnya diselaputi debu, hanya mengingatkan kita terhadap asal usul sebenar Abu Dhabi iaitu sebuah kawasan padang pasir.
Gabungan pakaian tradisional dan moden, turut menjadi tarikannya. Kegemaran masyarakat tempatan mengenakan kandooras dan abayas, (pakaian tradisional lelaki dan wanita) bukanlah penghalang kewujudan premis menjual pakaian jenama Barat seperti Mark & Spencer serta Marc Jacobs. Ironinya di sebalik deretan butik jenama asing ini, kebanyakan brosur pelancongan memaparkan ‘Selamat datang ke Abu Dhabi’, yang memaparkan gaya dan kemewahan digabungkan dengan nilai tradisional yang memberi pengalaman percutian lain daripada yang lain.’
Berasaskan gabungan moden dan tradisi ini, pusat beli-belah di Abu Dhabi juga tidak ketinggalan memaparkan ciri kebudayaan setempat. Kegiatan ini sebenarnya memberi pelancong pengalaman berekspedisi seperti mencari permaidani antik bermutu tinggi di pasar dan bazar tradisional atau memilih rekaan pereka sedia ada gedung ultra moden atau butik.



Satu daripada destinasi pelancongan di Abu Dhabi.

Ia juga menepati kedudukan Abu Dhabi sebagai pusat bagi kebanyakan jenama berprestij dunia serta pusat jual beli seni dan kraf bermutu tinggi. Percutian di negara ini tidak hanya bertumpu kepada kegiatan beli-belah, malah boleh disulami aktiviti lain yang tidak kurang menariknya. Ramai yang tidak tahu Abu Dhabi adalah gugusan kepulauan yang mana hampir 200 pulau berada di sepanjang pantainya.
Ini bermakna lawatan ke pulau adalah aktiviti masa lapang yang popular di kalangan penduduknya yang kaya serta memiliki bot sendiri. Bagi yang tidak memilikinya, ia bukan satu masalah kerana pengangkutan awam ada disediakan. Pulau Saadiyat di timur Corniche, kini dijadikan pusat pelancongan mewah dan destinasi kebudayaan, selain menjadi mercu tanda dua muzium terkenal di dunia yang kini masih dalam pembinaan.
Guggenhaim Abu Dhabi yang direka oleh arkitek tersohor dunia, Frank Gehry yang mencipta populariti melalui rekaannya Guggenhaim Bilbao (Sepanyol), bakal menjadi yang terbesar di dunia, menampilkan seni moden kontemporari. Louvre Abu Dhabi pula gah dengan beberapa galeri seluas 6,000 kaki persegi untuk tatapan kekal dengan tambahan 2,000 kaki persegi untuk pameran sementara. Louvre Abu Dhabi yang direka oleh Jean Nouvel, akan mempamerkan artifak dan hasil kerja arkeologi seni halus dan gubahan. Guggenheim Abu Dhabi dijangka dibuka pada 2011, manakala Louvre menyusuli setahun kemudian. Pulau Yas ialah pusat sukan dan rekreasi di Emiriah ini.
Perjalanan ke sana mengambil masa 30 minit dari Abu Dhabi dan ia bakal menjadi tuan rumah Taman Tema Ferrari, litar Formula satu, taman tema air dan beberapa padang golf, padang polo, pusat sukan berkuda dan hotel bertaraf dunia. Pelancong juga boleh menaiki bot dari Jebel Dhanna, 240 kilometer di barat Abu Dhabi untuk tiba di pulau Sir Bani Yas yang bersejarah dan eksotik, selain dijadikan destinasi percutian mewah Teluk Arab, saingan kepada Sharm El Sheikh di Mesir, walaupun tidak sehebat Maldives.
Ia juga adalah hutan simpan semula jadi dan dengan spesies hidupan liar mendiami kawasan hutan yang luas. Bagi peminat sejarah, Sir Bani Yas juga sesuai untuk berehat. Sir Bani Yas adalah tempat asal biara Nestorian pada abad ketujuh dan gereja - satu-satunya tinggalan Nasrani di negara itu sebelum kedatangan Islam dan yang terbesar pernah ditemui di timur Arab.
Info: Abu Dhabi

Terletak di kawasan seluas 83,600 kilometer persegi

Penduduknya, kira-kira 1.5 juta orang

Mata wang - dirham

Cuacanya panas dan cerah sepanjang tahun.

No comments:

Post a Comment

Advertise / Iklan

 

blogger templates | Make Money Online