blockquote { margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; border-left: 6px solid #f7e8d8; border-right: 6px solid #f7e8d8; color: #ba8247; } code { color: #ba8247; } hr { display: none; } /* layout ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper { margin: 0 auto; width: 900px; text-align: left; font: normal normal 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header-wrapper { padding-bottom: 15px; background:url(http://img444.imageshack.us/img444/103/headbgzc4.jpg) no-repeat left bottom; } #header { background: #634320 url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_header.gif) repeat-x left bottom; } #content-wrapper { position: relative; width: 900px; background: #f7f0e9 url(http://i61.photobucket.com/albums/h59/c_stavanger/thisaway-back.jpg) repeat-y left top; } #main-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 2px; padding: 0; width: 480px; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #main { padding: 22px 8px 0 8px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_content.gif) repeat-x left top; } .post { margin: 0 8px 14px 21px; padding: 0; border-bottom: 3px solid #f7e8d8; } #comments { margin: 0 16px 14px 29px; padding: 10px; border: 1px solid #f0e0ce; background-color: #f5ede4; } .sidebar-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 3px; width: 200px; color: #634320; line-height: 1.4em; font-size: 90%; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar.gif) repeat-x right top; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } .sidebar { padding: 7px 11px 0 14px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar_arrow.gif) repeat-y right top; } .sidebar .widget { margin-bottom: 20px; } #footer-wrapper { padding-top: 15px; background: url(http://img184.imageshack.us/img184/5586/bottombglh3.jpg) no-repeat left top; clear: both; } #footer { background: #4A2F15; text-align: center; min-height: 2em; } /* headings ----------------------------------------------- */ #header h1 { margin: 0; padding: 24px 0 0 84px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_header.gif) no-repeat 16px 26px; } h2.date-header { margin: 0; padding: 0 0 0 29px; text-transform: uppercase; color: #c8ab8f; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_date.gif) no-repeat 13px 0; font-size: 80%; font-weight: normal; } .date-header span { margin: 0 0 0 5px; padding: 0 25px 0 25px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_date.gif) no-repeat 0 0; } .sidebar h2 { padding: 1px 0 0 36px; color: #bd9e80; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_heading.gif) no-repeat 0 45%; font: normal bold 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .sidebar .Profile h2 { color: #957252; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_profileheading.gif) no-repeat 0 45%; } .post h3 { margin: 13px 0 13px 0; padding: 0; color: #ba8247; font-size: 140%; } .post h3 a, .post h3 a:visited { color: #ba8247; } #comments h4 { margin-top: 0; font-size: 120%; } /* text ----------------------------------------------- */ #header h1 { color: #fef6ee; font: normal bold 200% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header .description { margin: 0; padding: 7px 16px 0 84px; color: #fef6ee; font: normal normal 80% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .post-body p { line-height: 1.4em; /* Fix bug in IE5/Win with italics in posts */ margin: 0; height: 1%; overflow: visible; } .post-footer { font-size: 80%; color: #c8ab8f; } .uncustomized-post-template .post-footer { text-align: right; } .uncustomized-post-template .post-footer .post-author, .uncustomized-post-template .post-footer .post-timestamp { display: block; float: left; text-align: left; margin-right: 4px; } p.comment-author { font-size: 83%; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } .comment-body p { line-height: 1.4em; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; margin-bottom: 0.5em; margin-left: 29px; } #footer .widget { margin: 0; padding: 0 0 15px 55px; color: #fef6ee; font-size: 90%; line-height: 1.4em; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_footer.gif) no-repeat 16px 0; } /* lists ----------------------------------------------- */ .post ul { padding-left: 32px; list-style-type: none; line-height: 1.4em; } .post li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #comments ul { margin: 0; padding: 0; list-style-type: none; } #comments li { padding: 0 0 1px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 3px; } .sidebar ul { padding: 0; list-style-type: none; line-height: 1.2em; margin-left: 0; } .sidebar li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #blog-pager-newer-link { float: left; margin-left: 29px; } #blog-pager-older-link { float: right; margin-right: 16px; } #blog-pager { text-align: center; } /* links ----------------------------------------------- */ a { color: #bf4e27; font-weight: bold; } a:hover { color: #8f3213; } a.comment-link { /* ie5.0/win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } html>body a.comment-link { /* respecified, for ie5/mac's benefit */ background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } .sidebar a { color: #e2a059; } .sidebar a:hover { color: #ba742a; } #header h1 a { color: #fef6ee; text-decoration: none; } #header h1 a:hover { color: #d9c6b4; } .post h3 a { text-decoration: none; } a img { border-width: 0; } .clear { clear: both; line-height: 0; height: 0; } .profile-textblock { clear: both; margin-bottom: 10px; margin-left: 0; } .profile-img { float: left; margin: 0 5px 5px 0; padding: 3px; border: 1px solid #ebd4bd; } .profile-link { padding: 0 0 0 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_blue/icon_profile.gif) no-repeat 0 0; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #main, body#layout #sidebar { padding: 0; } -->

Sunday, October 18, 2009

Teknik Ikatan Tudung

Teknik Ikatan Tudung

Shared via AddThis
read more ..

Thursday, June 25, 2009

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT - MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.


JAWATAN :

-KERANI AM

Kelayakan :
- Kelulusan sekurang-kurangnya SPM
- Sekurang-kurangnya berkemahiran mengguna aplikasi komputer Ms Word, Excel, Pagmaker & Powerpoint.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.



Calon-calon yang berminat, sila tulis surat dan permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport dan salinan sijil kepada:


Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur


No Tel : 03-92895757


Tarikh Tutup : 30 Jun 2009


read more ..

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P) "TRAIN & PLACE" KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

27.06.2009


Program Penempatan Pekerjaan Kangar
Tarikh : 27.06.2009
Masa : 09.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Pejabat Tenaga Kerja Bangi, Bangunan Tun Haji Abdul Razak, Kangar, Perlis.


Program Penempatan Pekerjaan Seremban
Tarikh : 27.06.2009
Masa : 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka Rembau, Seremban





Program Penempatan Pekerjaan Sabah
Tarikh : 27.06.2009
Masa : 08.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Masyarakat Pa'Musa, Beaufort, Sabah


Program Penempatan Pekerjaan Melaka
Tarikh : 27 - 28.06.2009
Masa : 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : MITC Ayer Keroh, Melaka


Program Penempatan Pekerjaan Johor
Tarikh : 27 - 28.06.2009
Masa : 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Danga City Mall, Johor Bahru



Sila bawa resume, sijil-sijil & dokumen yang berkaitan.


- PENDAFTARAN KERJA ONLINE
- KHIDMAT NASIHAT
- TEMUDUGA TERBUKA

read more ..

Wednesday, June 24, 2009

JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.



JAWATAN :

Jawatan yang boleh dipohon mengikut kelayakan ialah


(i) Perangkawan - Ijazah Sarjana Muda ke atas
(ii) Penolong Pegawai Perangkaan - Diploma
(iii) Pembantu Perangkaan- SPM



Jawatan Kontrak/ Sambilan




Sila hantarkan surat permohonan berserta dengan maklumat peribadi (resume) kepada:

Pengarah Kanan,
Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Aras 8, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62514 Putrajaya.




Faks: 03 - 8888 9250


Tarikh Tutup : SEGERA



read more ..

JAWATAN KOSONG DI BALAI SENI LUKIS NEGARA (BSLN)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.






JAWATAN: (KONTRAK)


-KURATOR GRED S41
-AKAUNTAN GRED W41
-PEGAWAI TADBIR GRED N41
-PENOLONG KURATOR GRED S27



DOWNLOAD IKLAN:


http://www.ziddu.com/download/5321963/IklanJawatanBalaiSeniLukis2009.pdf.html


DOWNLOAD BORANG:

http://www.ziddu.com/download/5322052/BorangPermohonanJawatanBalaiSeniLukis.pdf.html


MAKLUMAT LANJUT:


http://www.artgallery.gov.my





Tarikh Tutup : 4 Julai 2009



read more ..

Tuesday, June 16, 2009

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia




Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:




JAWATAN LANTIKAN BARU
1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
4. PEGAWAI TADBIR N41
5. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41
6. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
7. PUSTAKAWAN S41
8. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
9. PEGAWAI PSIKOLOGI(KLINIKAL) S41
10. PEGAWAI OPTOMETRI U41
11. JURU X-RAY U41
12. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29
13. PEMBANTU TEKNIK J29
14. PEMBANTU PERUBATAN U29
15. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
16. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
17. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
18. PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN S27
19. PENOLONG AKAUNTAN W27
20. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
21. JURUTEKNIK J17
22. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
23. PENYELIA ASRAMA N17
24. PEMBANTU TADBIR (S) N17
25. PEMBANTU MUZIUM S17
26. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
27. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
28. PEMBANTU TADBIR RENDAH N11
29. TUKANG K2 R11
30. PEMANDU KENDERAAN R3
31. ATENDAN KESIHATAN U3
TARIKH TUTUP : 6 JULAI 2009
Cara Memohon Jawatan Lantikan Baru:
Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
read more ..

Saturday, June 6, 2009

Konsert eksklusif pertama Siti di IB







Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my





SEPANJANG 10 tahun penubuhan Istana Budaya (IB) di Kuala Lumpur dan juga 14 tahun pembabitan Datuk Siti Nurhaliza (Siti) sebagai penyanyi, keduanya cukup signifikan dalam memeriahkan lagi persada seni tanah air.

Siti misalnya, bukan sekali malah antara nama besar tempatan yang sering mengadakan persembahan di Panggung Sari, IB, yang telah berjaya menarik serta mempopularkan panggung seni bertaraf dunia itu.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang ini berkata, setakat ini beliau belum pernah mengadakan konsert solonya di IB dengan menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkannya sejak lebih sedekad lalu.

Justeru, Siti menyifatkan Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza di Panggung Sari, IB pada 26 hingga 28 Jun ini pukul 8.30 malam merupakan suatu persembahan yang bukan sahaja diidam-idamkannya





Sebaliknya, kata penyanyi berusia 30 tahun ini lagi, konsert eksklusif beliau yang julung-julung kalinya diadakan di IB itu juga tentunya dinanti-nantikan oleh para peminat yang mahu menyaksikan persembahannya di tempat berprestij tersebut.

"Sebelum ini, Siti memang banyak kali mengadakan persembahan di IB tetapi menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain. Contohnya persembahan tribute (penghargaan) untuk Sudirman, P. Ramlee dan berkonsepkan irama 60-an.

"Tetapi pada konsert kali ini, Siti akan menyanyikan lagu-lagu Siti sendiri. Siti anggap ini adalah konsert khusus Siti untuk para peminat di IB," kata Siti kepada Hits ketika ditemui pada kempen menanam anak-anak pokok di Hutan Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama menemani Siti menjayakan kempen itu ialah suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta dua anak tirinya iaitu Muhammad Aazief, 17, dan Muhammad Asyraf, 11.

Menurut Siti, setakat ini 50 peratus persiapan untuk menjayakan konsert anjuran bersama IB itu berjalan lancar dan beliau kini sedang menjalani latihan secara intensif lagu-lagu yang akan dinyanyikannya pada konsert itu kelak.

Jelasnya, persembahan itu bukan setakat mempersembahkan lagu-lagu popular beliau yang dipetik daripada album-album yang pernah dirakamkannya sepanjang 14 tahun bergelar penyanyi dalam persada seni tempatan.

Sebaliknya, kata Siti, konsert yang akan berlangsung selama hampir dua jam itu juga akan dihiasi dengan pelbagai elemen tarikan seperti tarian, limpahan cahaya berwarna-warni, paparan grafik di belakang pentas dan suara latar.

"Kesemua elemen itu akan dirangkumkan dalam satu ketika Siti menyanyikan lagu-lagu pada persembahan itu nanti. Siti ada masa tidak sampai sebulan untuk membuat persiapan terutamanya yang membabitkan koreografi. Semua itu tentunya menagih stamina yang tinggi," ujarnya.

Selain sibuk mengadakan persiapan untuk konsert itu, Siti juga sudah bersedia untuk merakamkan album baru yang katanya lain daripada yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Jika sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu ini pernah merakamkan lagu-lagu berkonsepkan irama pop dan tradisional, tetapi untuk album terbarunya kelak dia akan cuba pula mengetengahkan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan.

"Idea ini tercetus selepas Siti menjayakan persembahan Sirah Junjungan di IB baru-baru ini. Ramai peminat yang beri idea supaya Siti mencuba pula menyanyikan lagu-lagu berkonsepkan nasyid dan lirik yang bertemakan ketuhanan.

"Contohnya lagu-lagu yang cenderung kepada puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad. Siti pun rasa seronok dan tenang apabila menyanyikan lagu-lagu yang macam itu. Mungkin kalau tiada aral album itu akan dirakamkan pada bulan Ramadan nanti," katanya lagi



read more ..

Wednesday, June 3, 2009

Iklan Kerja Kosong Keretapi Tanah Melayu (KTM)





Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-




JAWATAN : PEMBANTU TADBIR / KERANI KAUNTER (KONTRAK)

GRED : N09G10



Kelayakan dan Pengalaman



1)Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

2)Kepujian di dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia (lulus ujian lisan);

3)Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;

4)Boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

5)Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi rangkaian KTMB diseluruh negara;

6)Mempunyai pengetahuan asas komputer dan boleh berkomunikasi dengan baik.



Cara Memohon:


Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butiran peribadi dan pengalaman kerja. Disertakan bersama salinan sijil-sijil persekolahan/ sijil-sijil yang berkaitan.



Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 Jun 2009 ke alamat berikut:-



Pengurus Besar
Sumber Manusia dan Pentadbiran
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.




read more ..

Pemuda PAS: Jangan biar isu Manohara jadi kes Altantuya






Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengambil serius isu pergolakkan rumahtangga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra dengan Isterinya, Manohara Odelia Pinot yang mengadu didera secara seksual, fizikal dan mental.

"Isu ini bakal menjadi isu besar antara dua negara, Malaysia dan Indonesia di mana Manohara yang dilaporkan telah kembali ke pangkuan ibunya di Indonesia baru-baru ini telah membuat satu tuduhan yang berat terhadap kerabat dari Kelantan itu," kata Timbalan Ketuanya, Nasaruddin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan hari ini.


DPPP berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik bagi mengelak persepsi negatif dan juga sentimen kenegaraan melampau yang mungkin memburukkan hubungan Malaysia dan Indonesia," tambahnya.



Sehubungan itu, katanya, DPPP meminta agar pihak berkuasa tidak melihat sahaja perkara ini, tetapi perlu menyiasat dakwaan itu di samping mendapatkan jawapan di pihak Tengku Temenggung.

"Bagi DPPP, ini merupakan krisis rumahtangga yang harus memberikan pembelaan kepada kedua-dua pihak tanpa kita membiarkan persepsi negatif dan prejudis bermain di fikiran rakyat kedua-dua negara.

"Kerajaan Malaysia bertanggungjawab membantu membersihkan imej Tengku Temenggong atau membela Manohara jika salah seorang antara keduanya benar.

"Kita tidak mahu isu ini menjadi buah mulut dan menjadi bahan cerita di media antarabangsa sebagaimana isu Altantuya Shaariibuu yang akhirnya memburukkan imej negara kerana Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengambil apa-apa tindakan bagi membersihkan namanya," tambah beliau.

Bagaimanapun, katanya, DPPP mendoakan semoga kedua-dua pihak dapat mencapai persefahaman dan menyelesaikan perkara ini secara baik.


-Malaysia Kini-



read more ..

Thursday, May 28, 2009

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan






WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan di Majlis Perbandaran Nilai. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.




JAWATAN KONTRAK




JAWATAN / GRED



1- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 (1 kekosongan)



2- Pembantu Undang- Undang L29 (1 kekosongan)





CARA - CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM 1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos.



Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 08 JUN 2009



read more ..

Ekonomi dijangka pulih – PM

Oleh ZULKIFLI JALIL
dan ZABRY MOHAMAD
utusanpengarang@utusan.com.my




PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.

Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.

“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.



“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.


Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.


Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, ini merupakan pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.


Katanya, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008.


“Seterusnya perbelanjaan permintaan domestik kecuali perbelanjaan awam semakin merosot berikutan kelembapan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta.


“Dari sudut penawaran, hampir semua sektor ekonomi utama telah merosot kecuali sektor pembinaan yang telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor awam,” ujarnya.


Selaras dengan perkembangan tersebut, jelas beliau, kerajaan telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia bagi tahun ini daripada antara -1 hingga 1 peratus kepada -4 hingga -5 peratus.


Beliau berkata, bagi memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dalam menghadapi keadaan getir semasa, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang ditetapkan, diikuti.


Langkah-langkah tersebut adalah memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan pulangan menguntungkan; langkah liberalisasi diperhebat; pembangunan modal insan dipertingkatkan; dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimantapkan lagi.


Bagaimanapun, Perdana Menteri menambah, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang getir, kerajaan akan tetap memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat didahulukan dengan mengutamakan pembangunan menyeluruh supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil kemakmuran negara.


“Kerajaan juga akan terus berusaha melonjakkan ekonomi negara ke arah aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.


“Untuk ini, satu model ekonomi baru sedang digubal di mana sektor-sektor berpotensi tinggi akan diberikan tumpuan khusus yang berteraskan inovasi dan kreativiti serta berasaskan pengetahuan,” jelasnya.





read more ..

Saturday, May 23, 2009

Permohonan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA











Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (21/05/2009 - 19/06/2009)




SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS



2.1 Kewarganegaraan


Pemohon mestilah warganegara Malaysia.



2.2 Umur


Pemohon mestilah berumur melebihi 18 tahun dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.


2.3 Kelayakan


i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau


ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda beserta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan


iii. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannnya.


*Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.


Permohonan adalah secara

ONLINE KLIK SINI



TARIKH TUTUP : 19/06/2009



read more ..

Friday, May 22, 2009

Nizar akur tapi akan kemuka rayuan

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.


Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh terdekat.


"Saya akur dengan keputusan ini dan pihak saya akan membuat permohonan ke Mahkamah Persekutuan agar kes ini dapat dirujuk ke mahkamah berkenaan untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


-Berita Harian read more ..

PANDUAN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP









KOMPONEN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP




1. Ujian Bertulis - KPLI & KPLSPM sahaja



- Dijalankan untuk calon-calon opsyen Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Bahasa Tamil sahaja.

- Anda dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk diberi (masa : 30 minit)

- Tajuk karangan mungkin berkisar isu pendidikan, isu semasa dan sebagainya.





2. Temuduga Kumpulan (Grouping) - KPLI & KPLSPM sahaja


- Seramai 4 - 5 orang akan dipanggil serentak untuk perbincangan dalam kumpulan. Anda
diminta duduk dalam bulatan atau separa bulatan.

- Satu tajuk akan diberi dan diberi masa untuk membaca & memahami kehendak tajuk.


- Perbincangan berjalan selama 30 - 40 minit dan anda perlu berbincang sesama sendiri
tentang isu dalam tajuk yang diberikan.



Tips


-Anda harus menunjukkan sikap toleransi dan sabar ketika perbincangan.

- Jangan menguasai perbincangan secara individu. Setelah berhujah, beri peluang kepada orang lain.

- Jadilah pendengar yang baik.- Anda harus beri fakta & rasional bagi sesuatu pendapat.

- Anda harus mengambarkan kepimpinan, keyakinan dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan.

- Pastikan suara anda jelas dan lancar di samping pemikiran yang kreatif dan kritis.




3. Temuduga Individu

- Temuduga individu berlangsung selama lebih kurang 15 - 20 minit.


Soalan-soalan yang mungkin ditanya:-


-Bersedia untuk menceritakan latarbelakang diri anda, keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, pengalaman mengajar dan pencapaian2 lain yang anda perolehi.

- Sebab anda memohon kursus / bidang perguruan

- Penglibatan aktiviti ko-kurikulum dan kegiatan luar / masyarakat

- Bersedia juga untuk menjawab soalan-soalan berkaitan isu-isu semasa dan isu-isu pendidikan.

- Anda juga mungkin akan ditanya tentang bidang pengkhususan yang anda pohon.




4. Ujian Mengajar (Micro Teaching)- Semasa sesi temuduga individu, anda mungkin akan diminta mengajar subjek @ topik yang anda pohon selama 5 - 10 minit.

- Anda juga mungkin akan ditanya semasa proses pengajaran itu.




CIRI-CIRI CALON GURU YANG DINILAI


1. Kecemerlangan Akademik


2. Sahsiah- Kepimpinan- Keyakinan diri / tidak panik- Kepekaan / mampu bertindakbalas dengan cepat- Kesopanan (senyum, menghargai & menghormati)


3. Komunikasi- Kefahaman mengenai sesuatu bidang

- Dapat menganalisis dan mengaplikasi fakta

- Kemahiran komunikasi & kematangan berfikir


RINGKASAN :


KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

DPLI - Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah

KPLSPM - Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

ISMP / PISMP - Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan read more ..

Hakim: Zambry MB sah Perak

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry



Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.


-Malaysia Kini.
read more ..

Wednesday, May 20, 2009

FREE Professional Training & Certification

This program is only open to Malaysian citizen.

This program is funded by the Federal Government of Malaysia, which provides all qualified graduates with the following :





- FREE Professional Training & Certification

- Get you Cert such as (Certification Assessment by Adam University, CCNA,

MCITP, SAP, EC Council Ethical Hacking and Countermeasures,
Certified by Halal Industry
Development Corporation (HDC) and ETC) for FREE


- Monthly Cash Allowance of RM1,000.00

- Job Attachment upon graduation
.






The training will be conducted in Kuala Lumpur & Penang.


The next intake is on 11th May The future intakes dates are listed on our website as below.


Seats are LIMITED. Registration is on First Come First Serve basis.


For more information and to REGISTER ONLINE, graduates can log on to


http://www.banyanpadu.com.my/insep.htm


or for further information,please kindly contact





Andy Wee
Programme Director
Banyan Padu Sdn. Bhd.
No.43A, Cangkat Bukit Bintang,
50200 Kuala Lumpur.



Tel : 603-7880 9059
Fax : 603-6140 8895
H/P : 6012-2050 363



Email : andywee@banyanpadu.com.my




read more ..

Tuesday, May 19, 2009

PERUBAHAN TEMPAT TEMUDUGA TERBUKA JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Perubahan tempat temuduga bagi temuduga terbuka pada 20-21 Mei 2009 adalah seperti berikut:





* Guru Siswazah Kontrak - SK Marang

* Pegawai Tadbir Kontrak - SMK Tengku Lela Segara, Marang

* Penolong Pegawai Tadbir Kontrak - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang

* Pembantu Tadbir Kontrak - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang




TARIKH PENDAFTARAN :


20 MEI 2009



MASA PENDAFTARAN :


8.30 PAGI - 1.00 PTG




TARIKH TEMUDUGA :


20 - 21 MEI 2009



MASA TEMUDUGA :


9.00 PAGI - 5.00 PTG



JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU
http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/


read more ..

JAWATAN KOSONG DI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.



JAWATAN:


-Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
-Juruteknik Komputer Gred FT17
-Pembantu Tadbir Rendah Gred N11






Maklumat Lanjut :


http://www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=29fa4429-f556-40e9-a461-0fad743935a7&groupId=10131





Hanya permohonan secara`online' melalui portal Job Malaysia Kementerian Sumber Manusia sahaja akan diterima dengan melayari laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my




Tarikh Tutup : 1 Jun 2009




read more ..

Anak Raja Petra bersalah mencuri

Anak seorang penulis blog terkenal mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam sejak Mac lalu.

Raja Azman Raja Petra, 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya 11.30 pagi tadi, lapor Bernama



Tertuduh didakwa mencuri motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di Seksyen 19 pada 9.30 pagi 20 Mac lepas.


Lelaki - ditangkap pada 6 Mei lepas - juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad-kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu mangsa di alamat, masa dan tarikh yang sama.


Menurut agensi berita itu lagi, Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik pelajar Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di Seksyen U2 pada 10 pagi 24 April lepas.


Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan pelajar Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan sebuah rumah di Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas.


Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman.


Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman, manakala bapanya Raja Petra Kamaruddin tidak kelihatan dalam Mahkamah Majistret Shah Alam sepanjang prosiding.


read more ..

Saturday, May 16, 2009

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TAKZIM




Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:-

Pegawai Rundingcara (S41)


Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :


http://www.ypkdt.org.my

http://www.ypkdt.org.my/dms/modules/borang/borangjwtn09.doc


Tarikh Tutup : 29 Mei 2009



read more ..

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUBANG PASU - KEDAH




Terbuka kepada Rakyat KDYMM Sultan Kedah & Warganegara Malaysia.


JAWATAN:


1. PENOLONG JURUAUDIT- W27


2. PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP- J29


3. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT – F 29


4. PEMBANTU PENGUATKUASA –N 17


5. PENGHANTAR NOTIS – N3


6. JURUTEKNIK – J 17


7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI ) – N17



Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :


Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP. AM 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping ) yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 22cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Kubang Pasu, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah DarulAman.


TIADA BORANG DI INTERNET.

http://www.mdkubangpasu.gov.my

http://www.mdkubangpasu.gov.my/content/images/Jawatan%20Kosong.pdf



Tarikh Tutup : 31 Mei 2009



read more ..

Wednesday, May 13, 2009

KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009







KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009
TARIKH :
15 - 17 MEI 2009
MASA :
10.00 PAGI - 7.00 MALAM
TEMPAT :
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR.
read more ..

Thursday, May 7, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P) "TRAIN & PLACE" BAGI BULAN MEI 2009

09.05.2009



Program Penempatan Pekerjaan (3P) Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam



Tarikh :09.05.2009



Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang





Tempat :


Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam,

Tingkat 3, Fasa 1, Kompleks PKNS,

40000 Shah Alam





09.05.2009


Program Penempatan Pekerjaan (3P) Pejabat Tenaga Kerja Segamat


Tarikh :09.05.2009


Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang





Tempat :


Dewan SJKC Seg Hwa,

No 13 Jalan Mentol Segamat,

Johor





16.05.2009



Program Penempatan Pekerjaan (3P)




Tarikh :16 .05.2009


Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang





Tempat :


Dewan Suarah,Miri,Sarawak


16 - 17.05.2009





Program Penempatan Pekerjaan (3P)


Tarikh :16 -17.05.2009Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang




Tempat :


Dewan Utama, Wisma Belia,

Bandar Indera Mahkota,

25200 Kuantan, Pahang





16.05.2009



Program Penempatan Pekerjaan (3P) Jabatan Tenaga Kerja Sarawak


Tarikh :16.05.2009



Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang






Tempat :



Dewan Suarah Sibu, Sarawak



KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA



read more ..

Tuesday, May 5, 2009

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang


SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
JAWATAN KOSONG










Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-




JAWATAN:-


AKAUNTAN GRED W41 (KEKOSONGAN 1)




JURUAUDIT GRED W41 (KEKOSONGAN 1)


CARA MEMOHON




a) Borang permohonan boleh didapati :-


i) Terus secara ONLINE melalui laman web SPPP (http://www.penangport.gov.my)
ii) Datang sendiri di Pejabat SPPP, Bahagian Khidmat Pengurusan atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 10 sm x 22.5 sm dan bersetem ke alamat seperti tertera di bawah.




b) Bagi penjawat awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.



c) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.



d) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.


e) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.


f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-.








PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
3A-6 BANGUNAN SRI WELD
PANGKALAN WELD
10300 PULAU PINANG
(U.P : BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)





TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 MEI 2009 (RABU)

read more ..

Monday, May 4, 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Terbuka kepada calon-calon anak Negeri Selangor.




JAWATAN:





-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah : DG41



-Pegawai Hal Ehwal Islam : S41



-Penolong Pegawai Perpustakaan : S27


-Juruteknik Komputer : FT17



-Pembantu Hal Ehwal Islam : S17



-Pembantu Akauntan : W17





Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :






http://www.mais.gov.my/




Tarikh Tutup : 12 Mei 2009 read more ..

Cute Ice Cream ( kawaiii)

Hi.. just received an email from my friend Koonz. Check this out.


















































































































Looks delicous.. do know how its taste.



read more ..

Friday, May 1, 2009

RM1 juta milik siapa?




Debaran finalis One In A Million musim ketiga - Esther, Aweera dan Tomok bakal berakhir malam ini.


PELBAGAI telahan dan ramalan mula bermain di benak fikiran serta diperkatakan berkenaan siapa yang bakal menyandang gelaran juara One In A Million musim ketiga (OIAM3) dalam misi merebut ganjaran wang RM1 juta malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Berdasarkan trek pencapaian dua musim terdahulu, juara yang berjaya memikat hati pengundi program yang bersiaran di 8TV bermula jam 8.30 malam ini didominasi peserta wanita. Suki dan Ayu masing-masing terus menerjah persada seni selepas ditabalkan sebagai juara OIAM 1 dan 2. Malah berkat kejayaan itu, mereka turut dijanji merakamkan album mengikut kontrak yang ditetapkan. Tidak seperti Suki yang sudah muncul dengan album pertama, Ayu kini sedang menghitung detik untuk melancarkan buah tangan sulungnya.


Siapa yang bakal mengikuti jejak mereka pada tahun ini masih belum dapat dirungkaikan. Malahan, hingga kini keputusan sama ada tiga atau dua peserta saja yang bakal berentap di pentas akhir juga hanya bakal terjawab pada peringkat akhir nanti dan semuanya berdasarkan undian SMS yang masih dibuka hingga sekarang. Lalu, siapa yang mampu mencipta kejutan musim ini di antara Tomok, Aweera dan Esther?
Apakah Esther gadis biasa dari Kota Kinabalu, Sabah yang dipuji melangit kerana kehebatan vokalnya mampu meneruskan legasi golongan yang diwakilinya. Tak dinafikan kelibat gadis montok ini mendapat perhatian kerana mendapat sokongan padu pengundi yang meminatinya. Atau mungkin tuah bakal menyebelahi jejaka Perlis bernama Aweera yang tegar memperjuangkan muzik rock. Namun, jangan sesekali dilupakan vokalis Newboyz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang memberikan persembahan bertenaga dan memberangsangkan secara 'mengejut'.
Tiada lagi imej 'tangkap leleh' MENURUT Tomok, dia menanam impian dan bertekad untuk menjadi artis dan lelaki sulung pertama mengecap kemasyhuran sebagai penyandang juara OIAM3. Melihat Tomok kini jelas tiada lagi gaya nyanyian 'tangkap leleh', bahkan dia semakin selesa menampakkan sisi barunya yang baru diterokainya. "Dalam kegembiraan berada di tahap ini, saya juga tidak boleh menyembunyikan debaran pada peringkat akhir nanti. Sepanjang minggu bersaing, saya tidak pernah rasa selesa dengan kedudukan dan pujian yang diperoleh. Malah, perasaan mungkin tersingkir itu sering menerjah. Harapnya transformasi saya keluar daripada kepompong lama akan memberi hikmah dan memohon supaya rezeki menyebelahi saya kelak. "Apa yang saya perlu tumpukan kini ialah kepada muzik yang bakal dipersembahkan malam itu nanti termasuk keserasian dengan komposer Aubrey Suwito dan band pengiring. Sasaran saya hanya mahu menebus kembali maruah lelaki dan memecah tradisi sebelum ini untuk menjadi juara," kata Tomok yang bekerja keras membuktikan kewujudannya dan kini sudah mula selesa memilih pop rock sebagai pilihan muziknya.

Andai ganjaran RM1 juta itu menjadi miliknya, Tomok yang melihat Esther dan Aweera sebagai saingan sengitnya memberitahu, dia bercadang untuk membuka sebuah studio rakaman yang lengkap di samping menghasilkan sebuah album solo yang berkualiti. "Selepas 10 tahun bersama Newboyz, saya ingin tampil dengan sebuah album solo namun itu tidak bermaksud saya akan lupakan terus kumpulan kesayangan saya. Siapa tahu saya boleh muncul bersama mereka untuk projek khas seperti mana yang dilakukan sesetengah kumpulan muzik tanah air kita. "Mungkin selama ini, saya terikat dengan kehendak syarikat rakaman dalam menghasilkan sesebuah album tapi tidak lagi sekarang kerana saya sudah mula nampak hala tuju saya yang sebenarnya dan semuanya bermula bagai sebuah magis selepas saya menyertai OIAM3," katanya yang sudah tidak lagi mengikat kontrak bersama Suria Records.
Tak mungkin korban rambut BAGI Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, dia sendiri tidak menjangka akan berada di kelompok tiga terakhir. Namun katanya, rezeki yang datang ini tidak harus dipersiakan dan dia kini positif serta bersedia melangkah ke pentas akhir dengan penuh bergaya. Seperti yang lain, yang begitu mengidamkan wang yang ditawarkan itu, Aweera juga berhasrat untuk membantu mengurangkan bebanan keluarganya termasuk membuka studio dan tampil dengan album memperjuang muzik rock moden. "Insya-Allah, kalau menang saya juga bernazar nak adakan kenduri kesyukuran. Tapi kalau nak korbankan rambut saya ini memang saya kena fikir banyak kali. Saya juga bercadang untuk membuat rawatan mencantikkan kulit muka saya juga," kata Aweera yang sudah mula nampak realiti sebenar dunia hiburan yang bakal diterjahnya beberapa hari lagi.
Sementara itu, Elizabeth Applunius Chin atau Esther yang sebelum ini pernah bekerja sebagai penyanyi lounge di Nexus, Karambunai, Kota Kinabalu, dia bercadang untuk memanfaatkan ganjaran yang mungkin diperoleh nanti jika diumumkan sebagai juara OIAM3 untuk menyambung pengajiannya yang terbengkalai. "Sepatutnya saya sudah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang muzik, tetapi sebab ditawarkan menyertai OIAM3, saya harus lupakan buat seketika. Harapan saya kalau menang RM1 juta, mungkin saya dapat meneruskan hasrat itu. "Malah, saya juga mahu menimba ilmu dalam meneroka suara saya termasuk menghadiri kelas vokal dan kelas bahasa Inggeris demi memantapkan kelemahan yang saya ada. Saya juga kena terus mengurangkan berat badan yang semakin mengembang ini," katanya yang pernah mencuba nasib menerusi pertandingan Akademi Fantasia selama empat kali. Ditanya mengenai saingannya yang paling terdekat, Esther tidak berselindung memberitahu Tomok antara pencabar terkuatnya. Usik gadis kelakar ini, jika dia bergelar penonton . OIAM 3 sekalipun, nescaya dia juga akan terpaut hati untuk mengundi jejaka comel itu. "Sejak minggu pertama lagi, saya lihat perjalanan Tomok di dalam OIAM 3 bermula daripada undian yang kurang sehinggalah usahanya untuk terus menonjol. Dia setia disokong peminat fanatiknya. Kalau saya jadi pengundi pun, pasti saya akan undinya kerana terpikat pada wajah comelnya. "Sepanjang mengenalinya, saya melihat dia seorang lelaki yang budiman dan tak sombong.
Begitu juga dengan Aweera yang selalu berkongsi masalah keluarganya dan sebagai kawan saya ada menasihatinya apa yang patut. Pengalaman Tomok bergelar artis juga saya titip sebagai ruang terbaik untuk mempelajari dunia sebenar yang bakal saya lalui nanti," kata Esther yang bersyukur ada pihak yang mempercayai bakat nyanyiannya dan cenderung memilih lagu berentak R&B.
INFO: OIAM 3

-Seperti kebiasaan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, juara OIAM3 akan menandatangani kontrak bersama Monkey Bone dan diuruskan di bawah 8Unit.
Bagi yang tidak menang, finalis yang lain turut akan dibantu 8TV selama tiga bulan bermula selepas selesai pertandingan kemuncak nanti sebagai bantuan sementara buat mereka sebelum dilepaskan untuk berdikari.

-Kata Izham, tidak mustahil bagi finalis yang tidak bergelar juara tetapi mempunyai potensi luar biasa untuk terikat sebagai artis rakaman Monkey Bone dan diuruskan 8Unit. Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada perubahan dan perbincangan.

-Izham melihat finalis top 3 sebagai sangat bagus dan terbaik. Katanya, Esther mampu memberi lenggok nyanyiannya dengan baik menerusi susunan muzik. Manakala, Aweera dilihat kepada keberaniannya memperjuangkan muzik rock dan Tomok merujuk kepada transformasi dan kejutannya kebelakangan ini.

-Penghasilan album yang dijanjikan kepada juara OIAM tertakluk kepada artis itu sendiri dalam tempoh setahun. Kata Izham, sebolehnya pihak terbabit ingin mempercepatkan proses pembikinan album itu.

-Ada beberapa negara seperti Filipina dan Vietnam yang berminat untuk menyadur program OIAM ini kerana melihat konsep yang dipersembahkan amat menarik. Aweera, Tomok dan Esther juga akan muncul memeriahkan Anugerah Industri Muzik ke-16. Malah juara turut diundang sebagai penyampai anugerah pada malam itu nanti.
Lagu finalis:

-Esther akan menyanyikan lagu baru berjudul Mimpiku nukilan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Lew Mable. Untuk lagu kedua, dia bakal mengalunkan lagu dendangan Rihanna, Please Don't Stop The Music

-Tomok pula mendapat kepercayaan Aubrey Suwito menyanyikan lagu Rindu Terhenti yang mana liriknya tulisan Tinta S. Lagu seterusnya, lagu popular nyanyian asal Aizat berjudul Hanya Kau Yang Mampu.

-Aweera menyanyikan lagu ciptaan Lin Li Zhen dan lirik, Pacha O berjudul Ku Di Sini. Untuk lagu kedua, Aweera mendendangkan tiga lagu, Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma secara medley.
-Berita Harian
read more ..

Thursday, April 30, 2009

Coming Soon in your cinema.
















X-Men Origins: Wolverine




Marvel's most famous slasher gets his solo outing at last, and it's got some terrific action scenes - but the movie never really takes off.




Review Movie Info








Soul Men:






Popular singing duo back in the days, who went their separate ways and never spoke again reunite for a death of their former band member.






Review Movie Info








The Uninvited :







The Uninvited is a 2009 American remake of the 2003 South Korean horror film
A Tale of Two Sisters.



Review Movie Info












Paul Blart: Mall Cop :





Nothing about this film screams “originality”. In fact, it plays out very much like a typical Adam Sandler movie and that should not be surprising since he is one of the producers of Paul Blart: Mall Cop.



Review Movie Info





Passengers :




After a plane crash, a young therapist, Claire is assigned by her mentor to counsel the flight's five survivors. While Claire is intrigued by Eric, the most secretive of the passengers, the survivors begin to disappear mysteriously, one by one.





Movie Info









Friday the 13th:




This reboot of the slasher series is put together more slickly than its predecessors, but lacks that “cheap thrill” factor. And besides, the carnage here is uninspired stuff.





Review Movie Info

read more ..

Tuesday, April 28, 2009

Dr Mansor calon PKR di Penanti





Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.


Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri, yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.


Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, adalah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei depan.



Athi Veeranggan Apr 28, 09 11:15pm


Malaysia Kini.


read more ..

Monday, April 27, 2009

Abu Dhabi kota pelancongan




Ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) jadi tumpuan sebagai pusat bebas cukai, tarikan seni bina moden

SUATU ketika dulu, jika disebut Abu Dhabi, ramai yang keliru antara ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini dengan Addis Ababa, ibu negara Ethiopia atau Habsyah. Tidak kurang juga yang tidak pasti di mana lokasinya biarpun mengetahui ia terletak di Timur Tengah atau Asia Barat. Sejajar kedudukannya sebagai ibu kota UAE yang merangkumi 70 peratus keluasan kawasan, Abu Dhabi sudah lama berusaha untuk keluar daripada bayangan negara jirannya seperti Arab Saudi dan Oman yang begitu menyerlah.


Kemasukan pegawai dagang asing yang kerap ke Dubai untuk mengecapi kehidupan di negara bebas cukai dan sinaran matahari sepanjang tahun itu, turut mengekalkan reputasi bandar raya ini sebagai kota yang amat berpengaruh. Sudah pasti, dengan pembangunan pesat menerusi pelaburan melebihi RM360 bilion di ibu negara ini selama beberapa tahun, tidak mustahil Abu Dhabi bakal muncul antara lokasi terkenal di dunia.



Bersempadankan Arab Saudi dan Oman, UAE mewakili tujuh Emiriah. Jika disoroti sejarahnya sejak 35 tahun lalu, Abu Dhabi yang juga Emiriah terbesar ketika ini, pada asalnya hanyalah padang pasir. Kini, landskap ekonomi dan visualnya sudah berubah pesat, selaras kemajuan yang dinikmatinya. Perjalanan menyusuri jalan rayanya memberikan pengalaman yang sungguh mengasyikkan. Gabungan seni bina unsur moden yang diselang seli dengan unsur tradisional iaitu Timur bertembung Barat, membolehkan pengunjung membuat pilihan seperti mencuba kopi Arab yang beraroma di kafe kecil tempatan atau menyeberang jalan untuk menikmati ‘skinny latte’ di kafe jenama asing popular.





Panorama indah Abu Dhabi pada waktu malam.
Tidak cukup itu, deretan bangunan hotel pencakar langit yang sebegitu banyak dan lebih dominan berbanding kubah masjid juga tidak kurang indahnya. Jika diamati, deretan bangunan bank dan kedai emasnya diselaputi debu, hanya mengingatkan kita terhadap asal usul sebenar Abu Dhabi iaitu sebuah kawasan padang pasir.
Gabungan pakaian tradisional dan moden, turut menjadi tarikannya. Kegemaran masyarakat tempatan mengenakan kandooras dan abayas, (pakaian tradisional lelaki dan wanita) bukanlah penghalang kewujudan premis menjual pakaian jenama Barat seperti Mark & Spencer serta Marc Jacobs. Ironinya di sebalik deretan butik jenama asing ini, kebanyakan brosur pelancongan memaparkan ‘Selamat datang ke Abu Dhabi’, yang memaparkan gaya dan kemewahan digabungkan dengan nilai tradisional yang memberi pengalaman percutian lain daripada yang lain.’
Berasaskan gabungan moden dan tradisi ini, pusat beli-belah di Abu Dhabi juga tidak ketinggalan memaparkan ciri kebudayaan setempat. Kegiatan ini sebenarnya memberi pelancong pengalaman berekspedisi seperti mencari permaidani antik bermutu tinggi di pasar dan bazar tradisional atau memilih rekaan pereka sedia ada gedung ultra moden atau butik.



Satu daripada destinasi pelancongan di Abu Dhabi.

Ia juga menepati kedudukan Abu Dhabi sebagai pusat bagi kebanyakan jenama berprestij dunia serta pusat jual beli seni dan kraf bermutu tinggi. Percutian di negara ini tidak hanya bertumpu kepada kegiatan beli-belah, malah boleh disulami aktiviti lain yang tidak kurang menariknya. Ramai yang tidak tahu Abu Dhabi adalah gugusan kepulauan yang mana hampir 200 pulau berada di sepanjang pantainya.
Ini bermakna lawatan ke pulau adalah aktiviti masa lapang yang popular di kalangan penduduknya yang kaya serta memiliki bot sendiri. Bagi yang tidak memilikinya, ia bukan satu masalah kerana pengangkutan awam ada disediakan. Pulau Saadiyat di timur Corniche, kini dijadikan pusat pelancongan mewah dan destinasi kebudayaan, selain menjadi mercu tanda dua muzium terkenal di dunia yang kini masih dalam pembinaan.
Guggenhaim Abu Dhabi yang direka oleh arkitek tersohor dunia, Frank Gehry yang mencipta populariti melalui rekaannya Guggenhaim Bilbao (Sepanyol), bakal menjadi yang terbesar di dunia, menampilkan seni moden kontemporari. Louvre Abu Dhabi pula gah dengan beberapa galeri seluas 6,000 kaki persegi untuk tatapan kekal dengan tambahan 2,000 kaki persegi untuk pameran sementara. Louvre Abu Dhabi yang direka oleh Jean Nouvel, akan mempamerkan artifak dan hasil kerja arkeologi seni halus dan gubahan. Guggenheim Abu Dhabi dijangka dibuka pada 2011, manakala Louvre menyusuli setahun kemudian. Pulau Yas ialah pusat sukan dan rekreasi di Emiriah ini.
Perjalanan ke sana mengambil masa 30 minit dari Abu Dhabi dan ia bakal menjadi tuan rumah Taman Tema Ferrari, litar Formula satu, taman tema air dan beberapa padang golf, padang polo, pusat sukan berkuda dan hotel bertaraf dunia. Pelancong juga boleh menaiki bot dari Jebel Dhanna, 240 kilometer di barat Abu Dhabi untuk tiba di pulau Sir Bani Yas yang bersejarah dan eksotik, selain dijadikan destinasi percutian mewah Teluk Arab, saingan kepada Sharm El Sheikh di Mesir, walaupun tidak sehebat Maldives.
Ia juga adalah hutan simpan semula jadi dan dengan spesies hidupan liar mendiami kawasan hutan yang luas. Bagi peminat sejarah, Sir Bani Yas juga sesuai untuk berehat. Sir Bani Yas adalah tempat asal biara Nestorian pada abad ketujuh dan gereja - satu-satunya tinggalan Nasrani di negara itu sebelum kedatangan Islam dan yang terbesar pernah ditemui di timur Arab.
Info: Abu Dhabi

Terletak di kawasan seluas 83,600 kilometer persegi

Penduduknya, kira-kira 1.5 juta orang

Mata wang - dirham

Cuacanya panas dan cerah sepanjang tahun.
read more ..

Blogger Awards



You can display this award to your blog, its fun.

read more ..

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.





JAWATAN:




1-Pembantu Undang-Undang L29

2-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

3-Juruteknik Komputer FT17

4-Juruteknik Perancang Bandar & Desa J17

5-Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17

6-Pembantu Tadbir (P/O) N17

7-Pembantu Penguatkuasa N17

8-Pembantu Tadbir Rendah N11

9-Tukang K3 R910Pemandu Kenderaan R3




Maklumat Lanjut & BorangPermohonan :




http://www.mdcameron.gov.my/


http://www.mdcameron.gov.my/portal/mdcameron/mdch/kekosongan



Tarikh Tutup :


23 Mei 2009



read more ..

Sunday, April 26, 2009

Dunia makin cemas



Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak
di seluruh dunia.


Di Malaysia, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan.

Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.
Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.



-Utusan Malaysia.


read more ..

Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei




Apr 27, 09 9:48am




Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini. Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.


-Malaysia Kini.


read more ..

Thursday, April 23, 2009

Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.
Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu; - sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan; - sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar. Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak. Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu. Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas. - Bernama
-Berita Harian
read more ..

Sunday, April 19, 2009

JAWATAN KOSONG DI PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia


JAWATAN:-



-PENGURUS PEMASARAN (PNMB Kuala Lumpur)


-EKSEKUTIF PENGELUARAN DIGITAL (BAHAGIAN PENGELUARAN, PNMB Kuala Lumpur)


-EKSEKUTIF PEMASARAN (BAHAGIAN PEMASARAN, PNMB Kuala Lumpur)


-PEREKA GRAFIK (UNIT GRAFIK, PNMB Kuala Lumpur)


-JURUTEKNIK (BAHAGIAN PENGELUARAN, PNMB Kuala Lumpur)


-PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN HRA & PEROLEHAN, PNMB Kuala Lumpur)


-PENGAWAL KESELAMATAN (UNIT KESELAMATAN, PNMB Kuala Lumpur)




Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :


http://www.printnasional.com.my/

http://www.printnasional.com.my/job_vacancies.asp


Tarikh Tutup : 30 April 2009 read more ..

Advertise / Iklan

 

blogger templates | Make Money Online