KOMPONEN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP
1. Ujian Bertulis - KPLI & KPLSPM sahaja
- Dijalankan untuk calon-calon opsyen Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Bahasa Tamil sahaja.
- Anda dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk diberi (masa : 30 minit)
- Tajuk karangan mungkin berkisar isu pendidikan, isu semasa dan sebagainya.
2. Temuduga Kumpulan (Grouping) - KPLI & KPLSPM sahaja
- Seramai 4 - 5 orang akan dipanggil serentak untuk perbincangan dalam kumpulan. Anda
diminta duduk dalam bulatan atau separa bulatan.
- Satu tajuk akan diberi dan diberi masa untuk membaca & memahami kehendak tajuk.
- Perbincangan berjalan selama 30 - 40 minit dan anda perlu berbincang sesama sendiri
tentang isu dalam tajuk yang diberikan.
Tips
-Anda harus menunjukkan sikap toleransi dan sabar ketika perbincangan.
- Jangan menguasai perbincangan secara individu. Setelah berhujah, beri peluang kepada orang lain.
- Jadilah pendengar yang baik.- Anda harus beri fakta & rasional bagi sesuatu pendapat.
- Anda harus mengambarkan kepimpinan, keyakinan dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan.
- Pastikan suara anda jelas dan lancar di samping pemikiran yang kreatif dan kritis.
3. Temuduga Individu
- Temuduga individu berlangsung selama lebih kurang 15 - 20 minit.
Soalan-soalan yang mungkin ditanya:-
-Bersedia untuk menceritakan latarbelakang diri anda, keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, pengalaman mengajar dan pencapaian2 lain yang anda perolehi.
- Sebab anda memohon kursus / bidang perguruan
- Penglibatan aktiviti ko-kurikulum dan kegiatan luar / masyarakat
- Bersedia juga untuk menjawab soalan-soalan berkaitan isu-isu semasa dan isu-isu pendidikan.
- Anda juga mungkin akan ditanya tentang bidang pengkhususan yang anda pohon.
4. Ujian Mengajar (Micro Teaching)- Semasa sesi temuduga individu, anda mungkin akan diminta mengajar subjek @ topik yang anda pohon selama 5 - 10 minit.
- Anda juga mungkin akan ditanya semasa proses pengajaran itu.
CIRI-CIRI CALON GURU YANG DINILAI
1. Kecemerlangan Akademik
2. Sahsiah- Kepimpinan- Keyakinan diri / tidak panik- Kepekaan / mampu bertindakbalas dengan cepat- Kesopanan (senyum, menghargai & menghormati)
3. Komunikasi- Kefahaman mengenai sesuatu bidang
- Dapat menganalisis dan mengaplikasi fakta
- Kemahiran komunikasi & kematangan berfikir
RINGKASAN :
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
DPLI - Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah
KPLSPM - Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
ISMP / PISMP - Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Friday, May 22, 2009
PANDUAN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment