Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan tetap / kontrak seperti berikut:-
1. Pegawai Tadbir Gred N41
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar Gred J29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 2
3. Pembantu Teknik Gred J29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
4. Penolong Akauntan Gred W27
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
5. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
6. Pembantu Akauntan Gred W17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
7. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
Kekosongan : 3 Tetap, 1 Kontrak (Godell)
8. Pembantu Penilaian Gred W17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
9. Pelukis Pelan Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
10. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 3
11. Juruteknik Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : Seni Bina (1)
Awam (1)
12. Juruteknik Landskap J17
Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
Kekosongan : 2
13. Juruteknik Komputer FT17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
14. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N17
Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak
Kekosongan : 4
Cara Memohon
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari
Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis Jalan Sultan
Alam Shah, 42700 Banting
atau muat turun dari laman web http://www.mdkl.gov.my/.
Permohonan melalui surat hendaklah
menyertakan sampul surat beralamat sendiri, berstem dan menyertakan wang pos bernilai RM1.00.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah melalui
Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan
Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
3. Borang permohonan hendaklah disertakan gambar, salinan fotostat Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan/Pengajian dan Sijil - sijil penghargaan yang diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.
4.Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
5. Tarikh tutup permohonan pada : 30 April 2009
Catitan Am
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
Job vacancies
Job vacancy form
Kematian Zayn Rayyan mencurigakan
1 day ago
No comments:
Post a Comment