blockquote { margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; border-left: 6px solid #f7e8d8; border-right: 6px solid #f7e8d8; color: #ba8247; } code { color: #ba8247; } hr { display: none; } /* layout ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper { margin: 0 auto; width: 900px; text-align: left; font: normal normal 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header-wrapper { padding-bottom: 15px; background:url(http://img444.imageshack.us/img444/103/headbgzc4.jpg) no-repeat left bottom; } #header { background: #634320 url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_header.gif) repeat-x left bottom; } #content-wrapper { position: relative; width: 900px; background: #f7f0e9 url(http://i61.photobucket.com/albums/h59/c_stavanger/thisaway-back.jpg) repeat-y left top; } #main-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 2px; padding: 0; width: 480px; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #main { padding: 22px 8px 0 8px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_content.gif) repeat-x left top; } .post { margin: 0 8px 14px 21px; padding: 0; border-bottom: 3px solid #f7e8d8; } #comments { margin: 0 16px 14px 29px; padding: 10px; border: 1px solid #f0e0ce; background-color: #f5ede4; } .sidebar-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 3px; width: 200px; color: #634320; line-height: 1.4em; font-size: 90%; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar.gif) repeat-x right top; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } .sidebar { padding: 7px 11px 0 14px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar_arrow.gif) repeat-y right top; } .sidebar .widget { margin-bottom: 20px; } #footer-wrapper { padding-top: 15px; background: url(http://img184.imageshack.us/img184/5586/bottombglh3.jpg) no-repeat left top; clear: both; } #footer { background: #4A2F15; text-align: center; min-height: 2em; } /* headings ----------------------------------------------- */ #header h1 { margin: 0; padding: 24px 0 0 84px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_header.gif) no-repeat 16px 26px; } h2.date-header { margin: 0; padding: 0 0 0 29px; text-transform: uppercase; color: #c8ab8f; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_date.gif) no-repeat 13px 0; font-size: 80%; font-weight: normal; } .date-header span { margin: 0 0 0 5px; padding: 0 25px 0 25px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_date.gif) no-repeat 0 0; } .sidebar h2 { padding: 1px 0 0 36px; color: #bd9e80; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_heading.gif) no-repeat 0 45%; font: normal bold 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .sidebar .Profile h2 { color: #957252; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_profileheading.gif) no-repeat 0 45%; } .post h3 { margin: 13px 0 13px 0; padding: 0; color: #ba8247; font-size: 140%; } .post h3 a, .post h3 a:visited { color: #ba8247; } #comments h4 { margin-top: 0; font-size: 120%; } /* text ----------------------------------------------- */ #header h1 { color: #fef6ee; font: normal bold 200% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header .description { margin: 0; padding: 7px 16px 0 84px; color: #fef6ee; font: normal normal 80% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .post-body p { line-height: 1.4em; /* Fix bug in IE5/Win with italics in posts */ margin: 0; height: 1%; overflow: visible; } .post-footer { font-size: 80%; color: #c8ab8f; } .uncustomized-post-template .post-footer { text-align: right; } .uncustomized-post-template .post-footer .post-author, .uncustomized-post-template .post-footer .post-timestamp { display: block; float: left; text-align: left; margin-right: 4px; } p.comment-author { font-size: 83%; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } .comment-body p { line-height: 1.4em; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; margin-bottom: 0.5em; margin-left: 29px; } #footer .widget { margin: 0; padding: 0 0 15px 55px; color: #fef6ee; font-size: 90%; line-height: 1.4em; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_footer.gif) no-repeat 16px 0; } /* lists ----------------------------------------------- */ .post ul { padding-left: 32px; list-style-type: none; line-height: 1.4em; } .post li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #comments ul { margin: 0; padding: 0; list-style-type: none; } #comments li { padding: 0 0 1px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 3px; } .sidebar ul { padding: 0; list-style-type: none; line-height: 1.2em; margin-left: 0; } .sidebar li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #blog-pager-newer-link { float: left; margin-left: 29px; } #blog-pager-older-link { float: right; margin-right: 16px; } #blog-pager { text-align: center; } /* links ----------------------------------------------- */ a { color: #bf4e27; font-weight: bold; } a:hover { color: #8f3213; } a.comment-link { /* ie5.0/win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } html>body a.comment-link { /* respecified, for ie5/mac's benefit */ background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } .sidebar a { color: #e2a059; } .sidebar a:hover { color: #ba742a; } #header h1 a { color: #fef6ee; text-decoration: none; } #header h1 a:hover { color: #d9c6b4; } .post h3 a { text-decoration: none; } a img { border-width: 0; } .clear { clear: both; line-height: 0; height: 0; } .profile-textblock { clear: both; margin-bottom: 10px; margin-left: 0; } .profile-img { float: left; margin: 0 5px 5px 0; padding: 3px; border: 1px solid #ebd4bd; } .profile-link { padding: 0 0 0 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_blue/icon_profile.gif) no-repeat 0 0; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #main, body#layout #sidebar { padding: 0; } -->

Thursday, May 28, 2009

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan






WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan di Majlis Perbandaran Nilai. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.




JAWATAN KONTRAK




JAWATAN / GRED



1- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 (1 kekosongan)



2- Pembantu Undang- Undang L29 (1 kekosongan)





CARA - CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM 1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos.



Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 08 JUN 2009



read more ..

Ekonomi dijangka pulih – PM

Oleh ZULKIFLI JALIL
dan ZABRY MOHAMAD
utusanpengarang@utusan.com.my




PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.

Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.

“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.



“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.


Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.


Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, ini merupakan pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.


Katanya, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008.


“Seterusnya perbelanjaan permintaan domestik kecuali perbelanjaan awam semakin merosot berikutan kelembapan aktiviti pelaburan dan penggunaan swasta.


“Dari sudut penawaran, hampir semua sektor ekonomi utama telah merosot kecuali sektor pembinaan yang telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan sektor awam,” ujarnya.


Selaras dengan perkembangan tersebut, jelas beliau, kerajaan telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan KDNK benar Malaysia bagi tahun ini daripada antara -1 hingga 1 peratus kepada -4 hingga -5 peratus.


Beliau berkata, bagi memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dalam menghadapi keadaan getir semasa, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang ditetapkan, diikuti.


Langkah-langkah tersebut adalah memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan pulangan menguntungkan; langkah liberalisasi diperhebat; pembangunan modal insan dipertingkatkan; dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimantapkan lagi.


Bagaimanapun, Perdana Menteri menambah, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang getir, kerajaan akan tetap memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat didahulukan dengan mengutamakan pembangunan menyeluruh supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil kemakmuran negara.


“Kerajaan juga akan terus berusaha melonjakkan ekonomi negara ke arah aktiviti ekonomi bernilai tambah tinggi.


“Untuk ini, satu model ekonomi baru sedang digubal di mana sektor-sektor berpotensi tinggi akan diberikan tumpuan khusus yang berteraskan inovasi dan kreativiti serta berasaskan pengetahuan,” jelasnya.





read more ..

Saturday, May 23, 2009

Permohonan Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA











Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (21/05/2009 - 19/06/2009)




SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS



2.1 Kewarganegaraan


Pemohon mestilah warganegara Malaysia.



2.2 Umur


Pemohon mestilah berumur melebihi 18 tahun dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.


2.3 Kelayakan


i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau


ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda beserta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan


iii. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannnya.


*Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.


Permohonan adalah secara

ONLINE KLIK SINI



TARIKH TUTUP : 19/06/2009



read more ..

Friday, May 22, 2009

Nizar akur tapi akan kemuka rayuan

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.


Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh terdekat.


"Saya akur dengan keputusan ini dan pihak saya akan membuat permohonan ke Mahkamah Persekutuan agar kes ini dapat dirujuk ke mahkamah berkenaan untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


-Berita Harian read more ..

PANDUAN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP









KOMPONEN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP




1. Ujian Bertulis - KPLI & KPLSPM sahaja



- Dijalankan untuk calon-calon opsyen Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Bahasa Tamil sahaja.

- Anda dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk diberi (masa : 30 minit)

- Tajuk karangan mungkin berkisar isu pendidikan, isu semasa dan sebagainya.





2. Temuduga Kumpulan (Grouping) - KPLI & KPLSPM sahaja


- Seramai 4 - 5 orang akan dipanggil serentak untuk perbincangan dalam kumpulan. Anda
diminta duduk dalam bulatan atau separa bulatan.

- Satu tajuk akan diberi dan diberi masa untuk membaca & memahami kehendak tajuk.


- Perbincangan berjalan selama 30 - 40 minit dan anda perlu berbincang sesama sendiri
tentang isu dalam tajuk yang diberikan.



Tips


-Anda harus menunjukkan sikap toleransi dan sabar ketika perbincangan.

- Jangan menguasai perbincangan secara individu. Setelah berhujah, beri peluang kepada orang lain.

- Jadilah pendengar yang baik.- Anda harus beri fakta & rasional bagi sesuatu pendapat.

- Anda harus mengambarkan kepimpinan, keyakinan dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan.

- Pastikan suara anda jelas dan lancar di samping pemikiran yang kreatif dan kritis.




3. Temuduga Individu

- Temuduga individu berlangsung selama lebih kurang 15 - 20 minit.


Soalan-soalan yang mungkin ditanya:-


-Bersedia untuk menceritakan latarbelakang diri anda, keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, pengalaman mengajar dan pencapaian2 lain yang anda perolehi.

- Sebab anda memohon kursus / bidang perguruan

- Penglibatan aktiviti ko-kurikulum dan kegiatan luar / masyarakat

- Bersedia juga untuk menjawab soalan-soalan berkaitan isu-isu semasa dan isu-isu pendidikan.

- Anda juga mungkin akan ditanya tentang bidang pengkhususan yang anda pohon.




4. Ujian Mengajar (Micro Teaching)- Semasa sesi temuduga individu, anda mungkin akan diminta mengajar subjek @ topik yang anda pohon selama 5 - 10 minit.

- Anda juga mungkin akan ditanya semasa proses pengajaran itu.




CIRI-CIRI CALON GURU YANG DINILAI


1. Kecemerlangan Akademik


2. Sahsiah- Kepimpinan- Keyakinan diri / tidak panik- Kepekaan / mampu bertindakbalas dengan cepat- Kesopanan (senyum, menghargai & menghormati)


3. Komunikasi- Kefahaman mengenai sesuatu bidang

- Dapat menganalisis dan mengaplikasi fakta

- Kemahiran komunikasi & kematangan berfikir


RINGKASAN :


KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

DPLI - Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah

KPLSPM - Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

ISMP / PISMP - Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan read more ..

Hakim: Zambry MB sah Perak

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry



Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.


-Malaysia Kini.
read more ..

Wednesday, May 20, 2009

FREE Professional Training & Certification

This program is only open to Malaysian citizen.

This program is funded by the Federal Government of Malaysia, which provides all qualified graduates with the following :





- FREE Professional Training & Certification

- Get you Cert such as (Certification Assessment by Adam University, CCNA,

MCITP, SAP, EC Council Ethical Hacking and Countermeasures,
Certified by Halal Industry
Development Corporation (HDC) and ETC) for FREE


- Monthly Cash Allowance of RM1,000.00

- Job Attachment upon graduation
.






The training will be conducted in Kuala Lumpur & Penang.


The next intake is on 11th May The future intakes dates are listed on our website as below.


Seats are LIMITED. Registration is on First Come First Serve basis.


For more information and to REGISTER ONLINE, graduates can log on to


http://www.banyanpadu.com.my/insep.htm


or for further information,please kindly contact





Andy Wee
Programme Director
Banyan Padu Sdn. Bhd.
No.43A, Cangkat Bukit Bintang,
50200 Kuala Lumpur.



Tel : 603-7880 9059
Fax : 603-6140 8895
H/P : 6012-2050 363



Email : andywee@banyanpadu.com.my




read more ..

Tuesday, May 19, 2009

PERUBAHAN TEMPAT TEMUDUGA TERBUKA JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Perubahan tempat temuduga bagi temuduga terbuka pada 20-21 Mei 2009 adalah seperti berikut:





* Guru Siswazah Kontrak - SK Marang

* Pegawai Tadbir Kontrak - SMK Tengku Lela Segara, Marang

* Penolong Pegawai Tadbir Kontrak - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang

* Pembantu Tadbir Kontrak - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang




TARIKH PENDAFTARAN :


20 MEI 2009



MASA PENDAFTARAN :


8.30 PAGI - 1.00 PTG




TARIKH TEMUDUGA :


20 - 21 MEI 2009



MASA TEMUDUGA :


9.00 PAGI - 5.00 PTG



JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU
http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/


read more ..

JAWATAN KOSONG DI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.



JAWATAN:


-Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
-Juruteknik Komputer Gred FT17
-Pembantu Tadbir Rendah Gred N11






Maklumat Lanjut :


http://www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=29fa4429-f556-40e9-a461-0fad743935a7&groupId=10131





Hanya permohonan secara`online' melalui portal Job Malaysia Kementerian Sumber Manusia sahaja akan diterima dengan melayari laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my




Tarikh Tutup : 1 Jun 2009




read more ..

Anak Raja Petra bersalah mencuri

Anak seorang penulis blog terkenal mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam sejak Mac lalu.

Raja Azman Raja Petra, 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya 11.30 pagi tadi, lapor Bernama



Tertuduh didakwa mencuri motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di Seksyen 19 pada 9.30 pagi 20 Mac lepas.


Lelaki - ditangkap pada 6 Mei lepas - juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad-kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu mangsa di alamat, masa dan tarikh yang sama.


Menurut agensi berita itu lagi, Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik pelajar Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di Seksyen U2 pada 10 pagi 24 April lepas.


Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan pelajar Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan sebuah rumah di Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas.


Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman.


Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman, manakala bapanya Raja Petra Kamaruddin tidak kelihatan dalam Mahkamah Majistret Shah Alam sepanjang prosiding.


read more ..

Saturday, May 16, 2009

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TAKZIM




Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:-

Pegawai Rundingcara (S41)


Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :


http://www.ypkdt.org.my

http://www.ypkdt.org.my/dms/modules/borang/borangjwtn09.doc


Tarikh Tutup : 29 Mei 2009



read more ..

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUBANG PASU - KEDAH




Terbuka kepada Rakyat KDYMM Sultan Kedah & Warganegara Malaysia.


JAWATAN:


1. PENOLONG JURUAUDIT- W27


2. PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP- J29


3. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT – F 29


4. PEMBANTU PENGUATKUASA –N 17


5. PENGHANTAR NOTIS – N3


6. JURUTEKNIK – J 17


7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI ) – N17



Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :


Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP. AM 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping ) yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 22cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Kubang Pasu, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah DarulAman.


TIADA BORANG DI INTERNET.

http://www.mdkubangpasu.gov.my

http://www.mdkubangpasu.gov.my/content/images/Jawatan%20Kosong.pdf



Tarikh Tutup : 31 Mei 2009



read more ..

Wednesday, May 13, 2009

KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009







KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009
TARIKH :
15 - 17 MEI 2009
MASA :
10.00 PAGI - 7.00 MALAM
TEMPAT :
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR.
read more ..

Thursday, May 7, 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P) "TRAIN & PLACE" BAGI BULAN MEI 2009

09.05.2009



Program Penempatan Pekerjaan (3P) Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam



Tarikh :09.05.2009



Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang





Tempat :


Pejabat Tenaga Kerja Shah Alam,

Tingkat 3, Fasa 1, Kompleks PKNS,

40000 Shah Alam





09.05.2009


Program Penempatan Pekerjaan (3P) Pejabat Tenaga Kerja Segamat


Tarikh :09.05.2009


Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang





Tempat :


Dewan SJKC Seg Hwa,

No 13 Jalan Mentol Segamat,

Johor





16.05.2009



Program Penempatan Pekerjaan (3P)




Tarikh :16 .05.2009


Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang





Tempat :


Dewan Suarah,Miri,Sarawak


16 - 17.05.2009





Program Penempatan Pekerjaan (3P)


Tarikh :16 -17.05.2009Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang




Tempat :


Dewan Utama, Wisma Belia,

Bandar Indera Mahkota,

25200 Kuantan, Pahang





16.05.2009



Program Penempatan Pekerjaan (3P) Jabatan Tenaga Kerja Sarawak


Tarikh :16.05.2009



Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang






Tempat :



Dewan Suarah Sibu, Sarawak



KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA



read more ..

Tuesday, May 5, 2009

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang


SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
JAWATAN KOSONG










Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-




JAWATAN:-


AKAUNTAN GRED W41 (KEKOSONGAN 1)




JURUAUDIT GRED W41 (KEKOSONGAN 1)


CARA MEMOHON




a) Borang permohonan boleh didapati :-


i) Terus secara ONLINE melalui laman web SPPP (http://www.penangport.gov.my)
ii) Datang sendiri di Pejabat SPPP, Bahagian Khidmat Pengurusan atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 10 sm x 22.5 sm dan bersetem ke alamat seperti tertera di bawah.




b) Bagi penjawat awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.



c) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.



d) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.


e) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.


f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-.








PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
3A-6 BANGUNAN SRI WELD
PANGKALAN WELD
10300 PULAU PINANG
(U.P : BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)





TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 MEI 2009 (RABU)

read more ..

Monday, May 4, 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Terbuka kepada calon-calon anak Negeri Selangor.




JAWATAN:





-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah : DG41



-Pegawai Hal Ehwal Islam : S41



-Penolong Pegawai Perpustakaan : S27


-Juruteknik Komputer : FT17



-Pembantu Hal Ehwal Islam : S17



-Pembantu Akauntan : W17





Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :






http://www.mais.gov.my/




Tarikh Tutup : 12 Mei 2009 read more ..

Cute Ice Cream ( kawaiii)

Hi.. just received an email from my friend Koonz. Check this out.


















































































































Looks delicous.. do know how its taste.



read more ..

Friday, May 1, 2009

RM1 juta milik siapa?




Debaran finalis One In A Million musim ketiga - Esther, Aweera dan Tomok bakal berakhir malam ini.


PELBAGAI telahan dan ramalan mula bermain di benak fikiran serta diperkatakan berkenaan siapa yang bakal menyandang gelaran juara One In A Million musim ketiga (OIAM3) dalam misi merebut ganjaran wang RM1 juta malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Berdasarkan trek pencapaian dua musim terdahulu, juara yang berjaya memikat hati pengundi program yang bersiaran di 8TV bermula jam 8.30 malam ini didominasi peserta wanita. Suki dan Ayu masing-masing terus menerjah persada seni selepas ditabalkan sebagai juara OIAM 1 dan 2. Malah berkat kejayaan itu, mereka turut dijanji merakamkan album mengikut kontrak yang ditetapkan. Tidak seperti Suki yang sudah muncul dengan album pertama, Ayu kini sedang menghitung detik untuk melancarkan buah tangan sulungnya.


Siapa yang bakal mengikuti jejak mereka pada tahun ini masih belum dapat dirungkaikan. Malahan, hingga kini keputusan sama ada tiga atau dua peserta saja yang bakal berentap di pentas akhir juga hanya bakal terjawab pada peringkat akhir nanti dan semuanya berdasarkan undian SMS yang masih dibuka hingga sekarang. Lalu, siapa yang mampu mencipta kejutan musim ini di antara Tomok, Aweera dan Esther?
Apakah Esther gadis biasa dari Kota Kinabalu, Sabah yang dipuji melangit kerana kehebatan vokalnya mampu meneruskan legasi golongan yang diwakilinya. Tak dinafikan kelibat gadis montok ini mendapat perhatian kerana mendapat sokongan padu pengundi yang meminatinya. Atau mungkin tuah bakal menyebelahi jejaka Perlis bernama Aweera yang tegar memperjuangkan muzik rock. Namun, jangan sesekali dilupakan vokalis Newboyz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang memberikan persembahan bertenaga dan memberangsangkan secara 'mengejut'.
Tiada lagi imej 'tangkap leleh' MENURUT Tomok, dia menanam impian dan bertekad untuk menjadi artis dan lelaki sulung pertama mengecap kemasyhuran sebagai penyandang juara OIAM3. Melihat Tomok kini jelas tiada lagi gaya nyanyian 'tangkap leleh', bahkan dia semakin selesa menampakkan sisi barunya yang baru diterokainya. "Dalam kegembiraan berada di tahap ini, saya juga tidak boleh menyembunyikan debaran pada peringkat akhir nanti. Sepanjang minggu bersaing, saya tidak pernah rasa selesa dengan kedudukan dan pujian yang diperoleh. Malah, perasaan mungkin tersingkir itu sering menerjah. Harapnya transformasi saya keluar daripada kepompong lama akan memberi hikmah dan memohon supaya rezeki menyebelahi saya kelak. "Apa yang saya perlu tumpukan kini ialah kepada muzik yang bakal dipersembahkan malam itu nanti termasuk keserasian dengan komposer Aubrey Suwito dan band pengiring. Sasaran saya hanya mahu menebus kembali maruah lelaki dan memecah tradisi sebelum ini untuk menjadi juara," kata Tomok yang bekerja keras membuktikan kewujudannya dan kini sudah mula selesa memilih pop rock sebagai pilihan muziknya.

Andai ganjaran RM1 juta itu menjadi miliknya, Tomok yang melihat Esther dan Aweera sebagai saingan sengitnya memberitahu, dia bercadang untuk membuka sebuah studio rakaman yang lengkap di samping menghasilkan sebuah album solo yang berkualiti. "Selepas 10 tahun bersama Newboyz, saya ingin tampil dengan sebuah album solo namun itu tidak bermaksud saya akan lupakan terus kumpulan kesayangan saya. Siapa tahu saya boleh muncul bersama mereka untuk projek khas seperti mana yang dilakukan sesetengah kumpulan muzik tanah air kita. "Mungkin selama ini, saya terikat dengan kehendak syarikat rakaman dalam menghasilkan sesebuah album tapi tidak lagi sekarang kerana saya sudah mula nampak hala tuju saya yang sebenarnya dan semuanya bermula bagai sebuah magis selepas saya menyertai OIAM3," katanya yang sudah tidak lagi mengikat kontrak bersama Suria Records.
Tak mungkin korban rambut BAGI Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, dia sendiri tidak menjangka akan berada di kelompok tiga terakhir. Namun katanya, rezeki yang datang ini tidak harus dipersiakan dan dia kini positif serta bersedia melangkah ke pentas akhir dengan penuh bergaya. Seperti yang lain, yang begitu mengidamkan wang yang ditawarkan itu, Aweera juga berhasrat untuk membantu mengurangkan bebanan keluarganya termasuk membuka studio dan tampil dengan album memperjuang muzik rock moden. "Insya-Allah, kalau menang saya juga bernazar nak adakan kenduri kesyukuran. Tapi kalau nak korbankan rambut saya ini memang saya kena fikir banyak kali. Saya juga bercadang untuk membuat rawatan mencantikkan kulit muka saya juga," kata Aweera yang sudah mula nampak realiti sebenar dunia hiburan yang bakal diterjahnya beberapa hari lagi.
Sementara itu, Elizabeth Applunius Chin atau Esther yang sebelum ini pernah bekerja sebagai penyanyi lounge di Nexus, Karambunai, Kota Kinabalu, dia bercadang untuk memanfaatkan ganjaran yang mungkin diperoleh nanti jika diumumkan sebagai juara OIAM3 untuk menyambung pengajiannya yang terbengkalai. "Sepatutnya saya sudah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang muzik, tetapi sebab ditawarkan menyertai OIAM3, saya harus lupakan buat seketika. Harapan saya kalau menang RM1 juta, mungkin saya dapat meneruskan hasrat itu. "Malah, saya juga mahu menimba ilmu dalam meneroka suara saya termasuk menghadiri kelas vokal dan kelas bahasa Inggeris demi memantapkan kelemahan yang saya ada. Saya juga kena terus mengurangkan berat badan yang semakin mengembang ini," katanya yang pernah mencuba nasib menerusi pertandingan Akademi Fantasia selama empat kali. Ditanya mengenai saingannya yang paling terdekat, Esther tidak berselindung memberitahu Tomok antara pencabar terkuatnya. Usik gadis kelakar ini, jika dia bergelar penonton . OIAM 3 sekalipun, nescaya dia juga akan terpaut hati untuk mengundi jejaka comel itu. "Sejak minggu pertama lagi, saya lihat perjalanan Tomok di dalam OIAM 3 bermula daripada undian yang kurang sehinggalah usahanya untuk terus menonjol. Dia setia disokong peminat fanatiknya. Kalau saya jadi pengundi pun, pasti saya akan undinya kerana terpikat pada wajah comelnya. "Sepanjang mengenalinya, saya melihat dia seorang lelaki yang budiman dan tak sombong.
Begitu juga dengan Aweera yang selalu berkongsi masalah keluarganya dan sebagai kawan saya ada menasihatinya apa yang patut. Pengalaman Tomok bergelar artis juga saya titip sebagai ruang terbaik untuk mempelajari dunia sebenar yang bakal saya lalui nanti," kata Esther yang bersyukur ada pihak yang mempercayai bakat nyanyiannya dan cenderung memilih lagu berentak R&B.
INFO: OIAM 3

-Seperti kebiasaan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, juara OIAM3 akan menandatangani kontrak bersama Monkey Bone dan diuruskan di bawah 8Unit.
Bagi yang tidak menang, finalis yang lain turut akan dibantu 8TV selama tiga bulan bermula selepas selesai pertandingan kemuncak nanti sebagai bantuan sementara buat mereka sebelum dilepaskan untuk berdikari.

-Kata Izham, tidak mustahil bagi finalis yang tidak bergelar juara tetapi mempunyai potensi luar biasa untuk terikat sebagai artis rakaman Monkey Bone dan diuruskan 8Unit. Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada perubahan dan perbincangan.

-Izham melihat finalis top 3 sebagai sangat bagus dan terbaik. Katanya, Esther mampu memberi lenggok nyanyiannya dengan baik menerusi susunan muzik. Manakala, Aweera dilihat kepada keberaniannya memperjuangkan muzik rock dan Tomok merujuk kepada transformasi dan kejutannya kebelakangan ini.

-Penghasilan album yang dijanjikan kepada juara OIAM tertakluk kepada artis itu sendiri dalam tempoh setahun. Kata Izham, sebolehnya pihak terbabit ingin mempercepatkan proses pembikinan album itu.

-Ada beberapa negara seperti Filipina dan Vietnam yang berminat untuk menyadur program OIAM ini kerana melihat konsep yang dipersembahkan amat menarik. Aweera, Tomok dan Esther juga akan muncul memeriahkan Anugerah Industri Muzik ke-16. Malah juara turut diundang sebagai penyampai anugerah pada malam itu nanti.
Lagu finalis:

-Esther akan menyanyikan lagu baru berjudul Mimpiku nukilan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Lew Mable. Untuk lagu kedua, dia bakal mengalunkan lagu dendangan Rihanna, Please Don't Stop The Music

-Tomok pula mendapat kepercayaan Aubrey Suwito menyanyikan lagu Rindu Terhenti yang mana liriknya tulisan Tinta S. Lagu seterusnya, lagu popular nyanyian asal Aizat berjudul Hanya Kau Yang Mampu.

-Aweera menyanyikan lagu ciptaan Lin Li Zhen dan lirik, Pacha O berjudul Ku Di Sini. Untuk lagu kedua, Aweera mendendangkan tiga lagu, Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma secara medley.
-Berita Harian
read more ..

Advertise / Iklan

 

blogger templates | Make Money Online