blockquote { margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; border-left: 6px solid #f7e8d8; border-right: 6px solid #f7e8d8; color: #ba8247; } code { color: #ba8247; } hr { display: none; } /* layout ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper { margin: 0 auto; width: 900px; text-align: left; font: normal normal 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header-wrapper { padding-bottom: 15px; background:url(http://img444.imageshack.us/img444/103/headbgzc4.jpg) no-repeat left bottom; } #header { background: #634320 url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_header.gif) repeat-x left bottom; } #content-wrapper { position: relative; width: 900px; background: #f7f0e9 url(http://i61.photobucket.com/albums/h59/c_stavanger/thisaway-back.jpg) repeat-y left top; } #main-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 2px; padding: 0; width: 480px; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #main { padding: 22px 8px 0 8px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_content.gif) repeat-x left top; } .post { margin: 0 8px 14px 21px; padding: 0; border-bottom: 3px solid #f7e8d8; } #comments { margin: 0 16px 14px 29px; padding: 10px; border: 1px solid #f0e0ce; background-color: #f5ede4; } .sidebar-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 3px; width: 200px; color: #634320; line-height: 1.4em; font-size: 90%; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar.gif) repeat-x right top; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } .sidebar { padding: 7px 11px 0 14px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar_arrow.gif) repeat-y right top; } .sidebar .widget { margin-bottom: 20px; } #footer-wrapper { padding-top: 15px; background: url(http://img184.imageshack.us/img184/5586/bottombglh3.jpg) no-repeat left top; clear: both; } #footer { background: #4A2F15; text-align: center; min-height: 2em; } /* headings ----------------------------------------------- */ #header h1 { margin: 0; padding: 24px 0 0 84px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_header.gif) no-repeat 16px 26px; } h2.date-header { margin: 0; padding: 0 0 0 29px; text-transform: uppercase; color: #c8ab8f; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_date.gif) no-repeat 13px 0; font-size: 80%; font-weight: normal; } .date-header span { margin: 0 0 0 5px; padding: 0 25px 0 25px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_date.gif) no-repeat 0 0; } .sidebar h2 { padding: 1px 0 0 36px; color: #bd9e80; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_heading.gif) no-repeat 0 45%; font: normal bold 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .sidebar .Profile h2 { color: #957252; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_profileheading.gif) no-repeat 0 45%; } .post h3 { margin: 13px 0 13px 0; padding: 0; color: #ba8247; font-size: 140%; } .post h3 a, .post h3 a:visited { color: #ba8247; } #comments h4 { margin-top: 0; font-size: 120%; } /* text ----------------------------------------------- */ #header h1 { color: #fef6ee; font: normal bold 200% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header .description { margin: 0; padding: 7px 16px 0 84px; color: #fef6ee; font: normal normal 80% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .post-body p { line-height: 1.4em; /* Fix bug in IE5/Win with italics in posts */ margin: 0; height: 1%; overflow: visible; } .post-footer { font-size: 80%; color: #c8ab8f; } .uncustomized-post-template .post-footer { text-align: right; } .uncustomized-post-template .post-footer .post-author, .uncustomized-post-template .post-footer .post-timestamp { display: block; float: left; text-align: left; margin-right: 4px; } p.comment-author { font-size: 83%; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } .comment-body p { line-height: 1.4em; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; margin-bottom: 0.5em; margin-left: 29px; } #footer .widget { margin: 0; padding: 0 0 15px 55px; color: #fef6ee; font-size: 90%; line-height: 1.4em; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_footer.gif) no-repeat 16px 0; } /* lists ----------------------------------------------- */ .post ul { padding-left: 32px; list-style-type: none; line-height: 1.4em; } .post li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #comments ul { margin: 0; padding: 0; list-style-type: none; } #comments li { padding: 0 0 1px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 3px; } .sidebar ul { padding: 0; list-style-type: none; line-height: 1.2em; margin-left: 0; } .sidebar li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #blog-pager-newer-link { float: left; margin-left: 29px; } #blog-pager-older-link { float: right; margin-right: 16px; } #blog-pager { text-align: center; } /* links ----------------------------------------------- */ a { color: #bf4e27; font-weight: bold; } a:hover { color: #8f3213; } a.comment-link { /* ie5.0/win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } html>body a.comment-link { /* respecified, for ie5/mac's benefit */ background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } .sidebar a { color: #e2a059; } .sidebar a:hover { color: #ba742a; } #header h1 a { color: #fef6ee; text-decoration: none; } #header h1 a:hover { color: #d9c6b4; } .post h3 a { text-decoration: none; } a img { border-width: 0; } .clear { clear: both; line-height: 0; height: 0; } .profile-textblock { clear: both; margin-bottom: 10px; margin-left: 0; } .profile-img { float: left; margin: 0 5px 5px 0; padding: 3px; border: 1px solid #ebd4bd; } .profile-link { padding: 0 0 0 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_blue/icon_profile.gif) no-repeat 0 0; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #main, body#layout #sidebar { padding: 0; } -->

Thursday, April 30, 2009

Coming Soon in your cinema.
















X-Men Origins: Wolverine




Marvel's most famous slasher gets his solo outing at last, and it's got some terrific action scenes - but the movie never really takes off.




Review Movie Info








Soul Men:






Popular singing duo back in the days, who went their separate ways and never spoke again reunite for a death of their former band member.






Review Movie Info








The Uninvited :







The Uninvited is a 2009 American remake of the 2003 South Korean horror film
A Tale of Two Sisters.



Review Movie Info












Paul Blart: Mall Cop :





Nothing about this film screams “originality”. In fact, it plays out very much like a typical Adam Sandler movie and that should not be surprising since he is one of the producers of Paul Blart: Mall Cop.



Review Movie Info





Passengers :




After a plane crash, a young therapist, Claire is assigned by her mentor to counsel the flight's five survivors. While Claire is intrigued by Eric, the most secretive of the passengers, the survivors begin to disappear mysteriously, one by one.





Movie Info









Friday the 13th:




This reboot of the slasher series is put together more slickly than its predecessors, but lacks that “cheap thrill” factor. And besides, the carnage here is uninspired stuff.





Review Movie Info

read more ..

Tuesday, April 28, 2009

Dr Mansor calon PKR di Penanti





Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.


Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri, yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.


Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, adalah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei depan.



Athi Veeranggan Apr 28, 09 11:15pm


Malaysia Kini.


read more ..

Monday, April 27, 2009

Abu Dhabi kota pelancongan




Ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) jadi tumpuan sebagai pusat bebas cukai, tarikan seni bina moden

SUATU ketika dulu, jika disebut Abu Dhabi, ramai yang keliru antara ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini dengan Addis Ababa, ibu negara Ethiopia atau Habsyah. Tidak kurang juga yang tidak pasti di mana lokasinya biarpun mengetahui ia terletak di Timur Tengah atau Asia Barat. Sejajar kedudukannya sebagai ibu kota UAE yang merangkumi 70 peratus keluasan kawasan, Abu Dhabi sudah lama berusaha untuk keluar daripada bayangan negara jirannya seperti Arab Saudi dan Oman yang begitu menyerlah.


Kemasukan pegawai dagang asing yang kerap ke Dubai untuk mengecapi kehidupan di negara bebas cukai dan sinaran matahari sepanjang tahun itu, turut mengekalkan reputasi bandar raya ini sebagai kota yang amat berpengaruh. Sudah pasti, dengan pembangunan pesat menerusi pelaburan melebihi RM360 bilion di ibu negara ini selama beberapa tahun, tidak mustahil Abu Dhabi bakal muncul antara lokasi terkenal di dunia.



Bersempadankan Arab Saudi dan Oman, UAE mewakili tujuh Emiriah. Jika disoroti sejarahnya sejak 35 tahun lalu, Abu Dhabi yang juga Emiriah terbesar ketika ini, pada asalnya hanyalah padang pasir. Kini, landskap ekonomi dan visualnya sudah berubah pesat, selaras kemajuan yang dinikmatinya. Perjalanan menyusuri jalan rayanya memberikan pengalaman yang sungguh mengasyikkan. Gabungan seni bina unsur moden yang diselang seli dengan unsur tradisional iaitu Timur bertembung Barat, membolehkan pengunjung membuat pilihan seperti mencuba kopi Arab yang beraroma di kafe kecil tempatan atau menyeberang jalan untuk menikmati ‘skinny latte’ di kafe jenama asing popular.





Panorama indah Abu Dhabi pada waktu malam.
Tidak cukup itu, deretan bangunan hotel pencakar langit yang sebegitu banyak dan lebih dominan berbanding kubah masjid juga tidak kurang indahnya. Jika diamati, deretan bangunan bank dan kedai emasnya diselaputi debu, hanya mengingatkan kita terhadap asal usul sebenar Abu Dhabi iaitu sebuah kawasan padang pasir.
Gabungan pakaian tradisional dan moden, turut menjadi tarikannya. Kegemaran masyarakat tempatan mengenakan kandooras dan abayas, (pakaian tradisional lelaki dan wanita) bukanlah penghalang kewujudan premis menjual pakaian jenama Barat seperti Mark & Spencer serta Marc Jacobs. Ironinya di sebalik deretan butik jenama asing ini, kebanyakan brosur pelancongan memaparkan ‘Selamat datang ke Abu Dhabi’, yang memaparkan gaya dan kemewahan digabungkan dengan nilai tradisional yang memberi pengalaman percutian lain daripada yang lain.’
Berasaskan gabungan moden dan tradisi ini, pusat beli-belah di Abu Dhabi juga tidak ketinggalan memaparkan ciri kebudayaan setempat. Kegiatan ini sebenarnya memberi pelancong pengalaman berekspedisi seperti mencari permaidani antik bermutu tinggi di pasar dan bazar tradisional atau memilih rekaan pereka sedia ada gedung ultra moden atau butik.



Satu daripada destinasi pelancongan di Abu Dhabi.

Ia juga menepati kedudukan Abu Dhabi sebagai pusat bagi kebanyakan jenama berprestij dunia serta pusat jual beli seni dan kraf bermutu tinggi. Percutian di negara ini tidak hanya bertumpu kepada kegiatan beli-belah, malah boleh disulami aktiviti lain yang tidak kurang menariknya. Ramai yang tidak tahu Abu Dhabi adalah gugusan kepulauan yang mana hampir 200 pulau berada di sepanjang pantainya.
Ini bermakna lawatan ke pulau adalah aktiviti masa lapang yang popular di kalangan penduduknya yang kaya serta memiliki bot sendiri. Bagi yang tidak memilikinya, ia bukan satu masalah kerana pengangkutan awam ada disediakan. Pulau Saadiyat di timur Corniche, kini dijadikan pusat pelancongan mewah dan destinasi kebudayaan, selain menjadi mercu tanda dua muzium terkenal di dunia yang kini masih dalam pembinaan.
Guggenhaim Abu Dhabi yang direka oleh arkitek tersohor dunia, Frank Gehry yang mencipta populariti melalui rekaannya Guggenhaim Bilbao (Sepanyol), bakal menjadi yang terbesar di dunia, menampilkan seni moden kontemporari. Louvre Abu Dhabi pula gah dengan beberapa galeri seluas 6,000 kaki persegi untuk tatapan kekal dengan tambahan 2,000 kaki persegi untuk pameran sementara. Louvre Abu Dhabi yang direka oleh Jean Nouvel, akan mempamerkan artifak dan hasil kerja arkeologi seni halus dan gubahan. Guggenheim Abu Dhabi dijangka dibuka pada 2011, manakala Louvre menyusuli setahun kemudian. Pulau Yas ialah pusat sukan dan rekreasi di Emiriah ini.
Perjalanan ke sana mengambil masa 30 minit dari Abu Dhabi dan ia bakal menjadi tuan rumah Taman Tema Ferrari, litar Formula satu, taman tema air dan beberapa padang golf, padang polo, pusat sukan berkuda dan hotel bertaraf dunia. Pelancong juga boleh menaiki bot dari Jebel Dhanna, 240 kilometer di barat Abu Dhabi untuk tiba di pulau Sir Bani Yas yang bersejarah dan eksotik, selain dijadikan destinasi percutian mewah Teluk Arab, saingan kepada Sharm El Sheikh di Mesir, walaupun tidak sehebat Maldives.
Ia juga adalah hutan simpan semula jadi dan dengan spesies hidupan liar mendiami kawasan hutan yang luas. Bagi peminat sejarah, Sir Bani Yas juga sesuai untuk berehat. Sir Bani Yas adalah tempat asal biara Nestorian pada abad ketujuh dan gereja - satu-satunya tinggalan Nasrani di negara itu sebelum kedatangan Islam dan yang terbesar pernah ditemui di timur Arab.
Info: Abu Dhabi

Terletak di kawasan seluas 83,600 kilometer persegi

Penduduknya, kira-kira 1.5 juta orang

Mata wang - dirham

Cuacanya panas dan cerah sepanjang tahun.
read more ..

Blogger Awards



You can display this award to your blog, its fun.

read more ..

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS (MDCH)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.





JAWATAN:




1-Pembantu Undang-Undang L29

2-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

3-Juruteknik Komputer FT17

4-Juruteknik Perancang Bandar & Desa J17

5-Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17

6-Pembantu Tadbir (P/O) N17

7-Pembantu Penguatkuasa N17

8-Pembantu Tadbir Rendah N11

9-Tukang K3 R910Pemandu Kenderaan R3




Maklumat Lanjut & BorangPermohonan :




http://www.mdcameron.gov.my/


http://www.mdcameron.gov.my/portal/mdcameron/mdch/kekosongan



Tarikh Tutup :


23 Mei 2009



read more ..

Sunday, April 26, 2009

Dunia makin cemas



Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak
di seluruh dunia.


Di Malaysia, orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada simptom batuk, demam dan sakit badan.

Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.
Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS mulai hari ini.



-Utusan Malaysia.


read more ..

Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei




Apr 27, 09 9:48am




Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini. Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.


-Malaysia Kini.


read more ..

Thursday, April 23, 2009

Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.
Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu; - sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan; - sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar. Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak. Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu. Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas. - Bernama
-Berita Harian
read more ..

Sunday, April 19, 2009

JAWATAN KOSONG DI PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia


JAWATAN:-



-PENGURUS PEMASARAN (PNMB Kuala Lumpur)


-EKSEKUTIF PENGELUARAN DIGITAL (BAHAGIAN PENGELUARAN, PNMB Kuala Lumpur)


-EKSEKUTIF PEMASARAN (BAHAGIAN PEMASARAN, PNMB Kuala Lumpur)


-PEREKA GRAFIK (UNIT GRAFIK, PNMB Kuala Lumpur)


-JURUTEKNIK (BAHAGIAN PENGELUARAN, PNMB Kuala Lumpur)


-PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN HRA & PEROLEHAN, PNMB Kuala Lumpur)


-PENGAWAL KESELAMATAN (UNIT KESELAMATAN, PNMB Kuala Lumpur)




Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :


http://www.printnasional.com.my/

http://www.printnasional.com.my/job_vacancies.asp


Tarikh Tutup : 30 April 2009 read more ..

JAWATAN KOSONG DI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Terbuka kepada Rakyat Negeri Terengganu sahaja.



JAWATAN:-


PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41-

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29-

PENOLONG PEGAWAI VETERINER G27-

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27-




Maklumat Lanjut & Borang Permohonan On-line :

http://spn.terengganu.gov.my



Tarikh Tutup : 10 Mei 2009
read more ..

Saturday, April 18, 2009

Dr Koh sokong Najib, Samy kata tanding

Apr 18, 09 8:58pm




Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemungkinan BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, mendapat reaksi berbeza dari kalangan pemimpin gabungan tersebut.Najib, menyatakan kemungkinan itu kepada pemberita di Pekan Pahang kerana BN tidak mahu membazirkan wang rakyat.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di kubu kuat pembangkang itu demi memelihara "integriti, prestij dan imej" BN."Jika kita tidak mahu bertanding, ia bermakna kita takut kepada pembangkang... kita tidak patut takut berdepan dengan mereka," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.Sebaliknya, tegas beliau, BN perlu meletakkan calon bertanding di situ memandangkan gabungan itu kini di bawah kepimpinan Najib "yang kuat dan berkemampuan"."Oleh itu, menang atau kalah, kita mesti bertanding untuk memelihara prestij kita," katanya.
Setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, bagaimanapun berkongsi pandangan Najib bahawa tidak perlu bertanding kerana ia membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat.Bernama memetik Subramaniam sebagai berkata, sebaliknya masa yang dibazirkan dalam pilihanraya tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain yang berfaedah.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.Menurutnya, ia adalah satu idea yang baik untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil yang berpunca daripada masalah dalaman Pakatan Rakyat.Naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan turut menyokong cadangan Najib itu bagi mengelak pembaziran wang dan tenaga, tetapi menyarankan agar kepimpinan BN supaya menghalang ahli-ahlinya daripada bertanding sebagai calon bebas.Katanya, ini kerana mereka tidak menggunakan jentera BN dan bertanding atas kemampuan dan kebolehan masing-masing.
-Malaysia Kini-
read more ..

MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan tetap / kontrak seperti berikut:-




1. Pegawai Tadbir Gred N41
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1



2. Penolong Pegawai Perancang Bandar Gred J29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 2



3. Pembantu Teknik Gred J29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1



4. Penolong Akauntan Gred W27
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1



5. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1



6. Pembantu Akauntan Gred W17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1



7. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
Kekosongan : 3 Tetap, 1 Kontrak (Godell)



8. Pembantu Penilaian Gred W17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1



9. Pelukis Pelan Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1


10. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 3



11. Juruteknik Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : Seni Bina (1)
Awam (1)



12. Juruteknik Landskap J17
Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
Kekosongan : 2



13. Juruteknik Komputer FT17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1



14. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N17
Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak
Kekosongan : 4




Cara Memohon


1. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis Jalan Sultan
Alam Shah, 42700 Banting


atau muat turun dari laman web http://www.mdkl.gov.my/.
Permohonan melalui surat hendaklah
menyertakan sampul surat beralamat sendiri, berstem dan menyertakan wang pos bernilai RM1.00.


2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah melalui
Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan
Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan gambar, salinan fotostat Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan/Pengajian dan Sijil - sijil penghargaan yang diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.


4.Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.


5. Tarikh tutup permohonan pada : 30 April 2009




Catitan Am


1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.


Job vacancies


Job vacancy form read more ..

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tapah, Perak





Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-



1. PEMBANTU TADBIR (Perkeranian & Operasi) N17



2. PEMBANTU PENGUATKUASA N17



3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17



4. PEMERIKSA KENDERAAN MOTOR A17



5. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17



6. JURUTEKNIK LANDSKAP J17



7.PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP) N17



8. PEMBANTU AM PEJABAT N1



9. PEMANDU KENDERAAN R3








Cara memohon :Semua permohonan hendaklah menggunakan borang MDT.(PKDM) – 1 yang boleh didapati dengan harga RM 2.00 atau mengirim sampul beralamat sendiri berukuran 32 cm x 22 cm beserta wang pos bernilai RM 2.00 di atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah serta setem ke alamat seperti berikut ATAU boleh diperolehi di Jabatan Pentadbiran Majlis Daerah Tapah, 35000 Tapah Perak.



Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :





YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH TAPAH

JALAN STESYEN

35000 TAPAH

PERAK DARUL RIDZUAN




Tarikh tutup permohonan : 30 APRIL 2009



read more ..

Friday, April 17, 2009

Laporan dedah kelemahan MB Terengganu

Muda Mohd Noor

Apr 17, 09 4:26pm



kemaskini 7.17pm




Lebih sepuluh ADUN Barisan Nasional menerima laporan gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu - didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan - yang menjadi asas kemarahan mereka. Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul mesej SMS ugutan bunuh - dipercayai berkaitan ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap menteri besar itu.
Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya.Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi."
Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri," laporan itu dipetik.Laporan itu mendakwa, pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.Laporan tanpa tarikh itu - yang diperolehi Malaysiakini hari ini - juga mendakwa Ahmad melantik mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."
Menteri besar juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008." "Ada di kalangan mereka yang diturunkan (pangkat) jawatan. Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap YAB menteri besar," laporan itu dipetik.Seorang pegawai Ahmad, ketika diminta penjelasan, enggan mengulas tuduhan-tuduhan ini.Dihubungi hari ini, setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah berkata, laporan itu diberikan kepada 12 atau 13 wakil rakyat BN negeri itu di Kuala Lumpur semalam."
Kami pergi ke Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk memberi penjelasan kepada (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak dan (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mengapa mereka tidak hadir sidang DUN," katanya.Idris, yang terlibat dalam kumpulan 10 ADUN tersebut, hadir memberikan penjelasan kepada Najib. Ahmad juga dipanggil memberikan taklimat berhubung krisis di negeri itu.Bagaimanapun, kata ADUN Alor Limbat itu, rombongan ADUN itu tidak dipanggil memberi penjelasan.Laporan tersebut tidak disediakan oleh kelab penyokong BN negeri tetapi dipercayai daripada kajian orang-orang Idris, jelas Alias lagi.Manakala pengerusi kelab itu Datuk Rosol Wahid berkata, laporan itu dibuat untuk membolehkan ADUN mengetahui kelemahan menteri besar."Kelemahan ini yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara dan Umno tidak bersatu," katanya kepada Malaysiakini.
Difahamkan Najib dan Muhyiddin menerima laporan insiden pemulauan DUN selepas mesej ugutan melalui SMS yang diterima menjelang tengah malam Isnin lalu. Pergeseran antara menteri besar dengan 10 ADUN ini dijangka akan selesai dalam tempoh sebulan lagi.
-Malaysia Kini
read more ..

Thursday, April 16, 2009

Pemilihan calon KPLI diperketat

Pemilihan bakal calon guru terlatih di negara ini, termasuk di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang ingin mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan diperketatkan lagi.Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Latihan Dalam Perkhidmatan, Abdul Halim Abdul Razak, berkata setiap calon perlu melalui beberapa tapisan bagi mengenal pasti pemohon layak dan sesuai untuk menjadi guru.
Beliau berkata, setiap pemohon perlu menduduki ujian kelayakan bertulis, diikuti dengan temuduga dan beberapa saringan lain. Katanya, hanya mereka berjaya melalui tapisan itu akan diterima mengikuti latihan perguruan di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di negara ini."Langkah memperketatkan lagi pemilihan bakal calon guru terlatih berikutan tidak mahu kerjaya guru sebagai pilihan terakhir."Saringan itu juga untuk mengelakkan terlalu ramai lelaki lembut keterlaluan menjadi guru," katanya selepas menghadiri Konvokesyen Ke-59 IPGM Kampus Batu Lintang, di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, semalam.
Seramai 254 graduan KPLI dinobatkan sebagai guru terlatih pada konvokesyen itu, namun hanya 181 yang dapat hadir di majlis berkenaan.Terdahulu beliau mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mior Shaharudin, menyampaikan Diploma Pendidikan kepada 181 graduan KPLI.Pada majlis itu juga Abdul Halim membaca teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.Alimuddin berkata, seorang guru tidak boleh bersikap lepas tangan apabila melihat atau terserempak dengan perkara yang boleh menjejaskan imej keguruan seperti masalah sosial, disiplin dan amalan songsang.
Beliau berkata, ini kerana menjadi tanggungjawab guru untuk membetulkan perkara seperti itu, apatah lagi kalau perkara berkenaan berlaku dalam persekitaran sekolah.Katanya, pada masa yang sama, guru tidak boleh memandang ringan sebarang perubahan positif yang berlaku di sekitar mereka, terutama perkara yang dapat melonjakkan imej perguruan ke tahap disegani dan disanjungi.
"Setiap guru perlu mengikuti perkembangan dan perubahan pantas yang berlaku di sekitar mereka, berikutan pelbagai maklumat baru akan ditemui sekali gus mengubahkan keadaan. Sekiranya kita tidak mengikuti perkembangan terkini, maka kita akan ketinggalan," katanya.
- BERITA HARIAN
read more ..

Elizabeth kembali bertugas hari ini

Jimadie Shah Othman



Apr 16, 09 10:53am





ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kembali semula bertugas sebagai exco kerajaan negeri setelah bercuti selama dua bulan selepas tersebar gambar separuh bogelnya kepada umum.Setibanya di pejabatnya di tingkat dua bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, Elizabeth disambut oleh rakan exconya Ronnie Liu dengan sejambak bunga.Beliau tiga kira-kira jam 9.30 pagi dan tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat pelancongan.ADUN Bukit Lanjan itu merupakan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor.Semalam, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.Elizabeth memberitahu pemberita bahawa beliau bersemangat untuk memulakan tugas hari ini.Katanya, beliau telah menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.Kira-kira 30 wartawan dan jurugambar menunggu di depan pejabatnya.Katanya beliau akan menemui pihak media selepas selesai mesyuarat tersebut.Bagaimanapun, pegawainya kemudian memberitahu bahawa Elizabeth tidak dapat menemui media kerana terpaksa menghadiri banyak program hari ini.
-Malaysia Kini-
read more ..

Sembilan petua doa dimakbul

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.




1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.


3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."


5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."


6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."


7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."


8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'


9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu." read more ..

Wednesday, April 15, 2009

Fairus letak jawatan Adun Penanti


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa hari ini. Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

- Bernama



read more ..

MANDI SEBELUM SUBUH

MANDI Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam... Sama2lah kita mengamalkannya....... WallahuA'lamSabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
read more ..

Tuesday, April 14, 2009

Jawatan Kosong di MARDI


Jawatan :


1. Pegawai Penyelidik, Gred Q41, Q43, Q47, Q51 dan Q53 (Sarawak)

Taraf : Tetap

Tarikh tutup : 23 April 2009


Cara Mohon :

PERMOHONAN ONLINE


read more ..

Sunday, April 12, 2009

Nabil Bintang Paling Popular





BINTANG Paling Popular ABPBH 2008, Nabil bersama trofi yang dimenanginya pada majlis kemuncak yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.








GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam tadi. Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784). Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.





Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular. Trofi Bintang Paling Popular 2008 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, di sini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.





Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan bertemakan 'Sentuhan Tenun' yang berlangsung selama lebih dua setengah jam. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun. Sementara itu, Mawi yang sebelum ini pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada ABPBH musim lalu, mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular. Mawi mengekalkan kemenangan empat tahun berturut-turut dalam kategori itu dengan menewaskan saingan terdekatnya, Aizat, selain Nubhan, Amy Search dan Adam.



Siti Nurhaliza terus mengekalkan reputasinya sebagai Penyanyi Wanita Popular apabila berjaya memenangi gelaran kategori itu untuk kali ke-12 selepas mengetepikan Stacy, Mila, Elyana dan Jaclyn Victor. Aktor Que Haidar buat pertama kalinya memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Saiful Apek dan Farid Kamil, manakala Maya Karin merampas semula gelaran Pelakon Filem Wanita Popular sesudah musim lalu gelaran itu diraih Fasha Sandha. Rosyam mempertahankan gelaran Pelakon TV Lelaki Popular, iaitu kali kelapan dimenanginya sejak ABPBH 2001, sementara Dynas mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Kumpulan Meet Uncle Hussain dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular, manakala juara Akademi Fantasia 6, Stacy menang gelaran Artis Baru Wanita Popular. Pelakon drama, Norkhiriah membuat kejutan apabila kali pertama namanya dicalonkan pada ABPBH berjaya membawanya meraih hadiah Artis Komedi Wanita Popular. Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya mewakili Hot FM. Fara turut berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular. Aznil turut berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali ketujuh. ABPBH 2008 ialah edisi ke-22 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat untuk artis di negara ini dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
-Berita Harian
read more ..

Saturday, April 11, 2009

What's coming up at a cineplex near you.

-The Star




- Revolutionary Road [Release Date: 16-Apr-2009]


- Obsessed [Release Date: 16-Apr-2009]


- Passengers [Release Date: 16-Apr-2009]


- Ashes of Time Redux [Release Date: 23-Apr-2009]


- The Uninvited [Release Date: 23-Apr-2009]


- He's Just Not That Into You [Release Date: 30-Apr-2009]


- Paul Blart: Mall Cop [Release Date: 30-Apr-2009]


- Frost/Nixon [Release Date: 30-Apr-2009]


- X-Men Origins: Wolverine [Release Date: 30-Apr-2009]


- Observe and Report [Release Date: 7-May-2009]


- Star Trek [Release Date: 8-May-2009]


- Angels and Demons [Release Date: 14-May-2009]


- Seventeen Again [Release Date: 28-May-2009]


- Terminator Salvation [Release Date: 28-May-2009]


- Monsters vs Aliens [Release Date: 28-May-2009]


- The Ghosts of Girlfriends Past [Release Date: 4-Jun-2009]


- Land of the Lost [Release Date: 4-Jun-2009]


- The Ugly Truth [Release Date: 11-Jun-2009]


- Fired Up [Release Date: 11-Jun-2009]


- State of Play [Release Date: 11-Jun-2009]


- Transformers: Revenge of the Fallen [Release Date: 25-Jun-2009]


- Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs [Release Date: 2-Jul-2009]


- 2012 [Release Date: 9-Jul-2009]


- Harry Potter and the Half-Blood Prince [Release Date: 16-Jul-2009]


- Fighting [Release Date: 23-Jul-2009]


- They Came from Upstairs [Release Date: 30-Jul-2009]


- The Hangover [Release Date: 30-Jul-2009] read more ..

Kehadiran pelancong ke Melaka meningkat 134 peratus

MELAKA: Jumlah kehadiran pengunjung ke negeri ini mencatatkan peningkatan 134 peratus iaitu seramai 650,478 pelancong dalam dan luar negara sehingga Mac lalu berbanding 419,901 orang bagi tempoh sama tahun lalu.Situasi berkenaan begitu membanggakan kerana Melaka kini menjadi destinasi popular dan kerap dikunjungi pelancong.Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani, berkata peningkatan itu sesuatu yang positif kerana menunjukkan Melaka sebagai destinasi pelancongan terkenal dan menjadi pilihan setiap pelancong.Menurutnya, walaupun pada Februari jumlah pelancong agak berkurangan, namun peratusan yang berkunjung ke muzium mencatatkan peningkatan 35.5 peratus iaitu seramai 152, 667 pada Mac lalu berbanding 111, 018 pelancong bagi tempoh sama.
“Bagi mencapai status Melaka Maju 2010, pelbagai cadangan disarankan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilaksanakan bagi memastikan Melaka tetap menjadi pilihan untuk pelancong datang berkunjung.

“Ini kerana muzium tidak patut dijadikan tempat longgokan barang usang ataupun sekadar ‘sekolah gambar’ tetapi perlu dilihat sebagai satu khazanah yang mampu menarik perhatian pelancong,” katanya.Beliau berkata, pihaknya yakin dengan hasil usaha gigih warga Perzim menyediakan pelbagai program kerana setiap masyarakat terutama pelancong akan mendapat manfaat bersama.Katanya, antara program yang sudah dilaksanakan ialah Pesta Masakan Warisan, pameran berkala dan program ‘Sleepover @ the Museum’ atau Bermalam di Muzium yang memberi kesempatan kepada orang ramai bagi merasai pengalaman bermalam di muzium.“Diharapkan segala usaha positif yang dilakukan oleh Perzim ini dapat dilihat sebagai satu peneraju industri pelancongan di negeri ini,” katanya.
-Harian Metro
read more ..

6,400 peluang kerja

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

mriduwan@hmetro.com.my






MELAKA: Kerajaan negeri menjangkakan kira-kira 6,400 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor terutama perkilangan dapat diwujudkan berikutan kesediaan beberapa kilang mengambil semula pekerja selain kemasukan pelaburan asing baru bernilai RM2.3 bilion untuk membina kilang di Alor Gajah, tahun ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata tindakan positif beberapa kilang yang bersedia menggaji semula pekerja yang diberhentikan serta kemasukan pelaburan baru oleh Sunpower dijangka mampu menjana peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini.Menurutnya, Sunpower yang juga syarikat pengeluar sel solar dari San Jose, California, Amerika Syarikat (AS) sudah memeterai perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bagi membuka sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Rembia di Alor Gajah, dekat sini.“Setakat ini, biarpun kegawatan ekonomi melanda dunia, pelaburan di Melaka tidak terjejas kerana jumlah pekerja yang diberhentikan masih kecil berbanding keseluruhan pekerja kilang di sini ketika ini. Selain menerima pampasan, pekerja terbabit turut ditawarkan bekerja di kilang lain.
“Daripada 3,454 pekerja terutama membabitkan sektor perkilangan yang dibuang kerja akibat krisis ekonomi dunia tahun lalu, sehingga kini kira-kira 1,800 daripadanya sudah mendapat kerja semula.

“Bagaimanapun, seramai 1,654 orang lagi masih menganggur dan saya berharap mereka dapat menggunakan peluang untuk menceburi bidang perkhidmatan seperti perhotelan dan pusat beli-belah yang masih banyak kekosongan. Saya juga dimaklumkan kilang Infinion Technologies (Malaysia) Sdn Bhd akan mengambil kira-kira 500 pekerja dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya selepas melakukan lawatan ke kilang terbabit di Batu Berendam, semalam.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin.Mohd Ali berkata, jumlah kemasukan pelaburan terus asing (FDI) ke Melaka setakat ini melebihi sasaran RM3 bilion setahun yang ditetapkan serta meletakkan negeri ini sebagai destinasi utama pelabur asing.Katanya, jumlah pelabur tempatan juga amat membanggakan apabila syarikat Cahaya Mata Sarawak sudah memeterai perjanjian pembelian tanah industri di pelbagai lokasi.membabitkan nilai sebanyak RM5 bilion, Actis Biologics di Taboh Naning (RM1.5 bilion) dan Vivo Bio di Rembia (RM450 juta).“Sehingga ini, seramai 86,732 pekerja kilang berkhidmat di pelbagai sektor dan jumlah ini belum lagi dikira keperluan 4,000 lagi pekerja oleh kilang Sunpower manakala syarikat berasaskan biotek iaitu Actis Biologics memerlukan tenaga kerja seramai 12,000 orang sebaik ia beroperasi sepenuhnya menjelang tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
read more ..

Friday, April 10, 2009

Jawatan Kosong di Kementerian Penerangan (MOI)

A. JAWATAN / SKIM PERKHIDMATAN


1. Pekerja Rendah Awam (PRA) R1

2.
Jaga R1

3.
Pembantu Am Pejabat N1

4.
Pembantu Kamera/Pemandu N3

5.
Pekerja Rendah Awam (Pekerja Am) R3

6.
Pekerja Rendah Awam Khas (Pekerja Rencam) R3

7.
Pekerja Rendah Awam Khas (Operator Loji Gred III) R3

8.
Pemandu Kenderaan R3

9.
Tukang K2 (Pemasang Ariel) R1

10.
Pengawal Keselamatan KP11

11.
Ahli Fotografi B11

12.
Jurusolek B11

13.
Pereka B11



B. BORANG PERMOHONAN

Borang KemPen 01/06

Borang Akaun Penerimaan


C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Tiada tarikh tutup permohonan ( Sistem Mengisi Sepanjang Masa ).
Tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Sekiranya
calon masih berminat, permohonan perlu diperbaharui selepas
SETAHUN.

read more ..

Thursday, April 9, 2009

SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA 2009




SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA 2009

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin




JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah



KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin



KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi



KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:


Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew




KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin



KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat



KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:


Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie



KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:


Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:


Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun



KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:


Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah



KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:


Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:


Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof



KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:



Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup



KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib



KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:


Menteri: Datuk Noh Omar


Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim



KEMENTERIAN PERTAHANAN:


Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad



KEMENTERIAN KERJA RAYA:


Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor


Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng



KEMENTERIAN KESIHATAN:


Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin



KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:


Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng



KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:


Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan


KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe



KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:


Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:


Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun



KEMENTERIAN LUAR:


Menteri: Datuk Anifah Aman


Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong



KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:


Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan
read more ..

Wednesday, April 8, 2009

Kabinet Najib esok penuh kejutan

Barisan kabinet baru yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, dipercayai penuh dengan kejutan dengan membariskan ramai muka baru.
Malaysiakini difahamkan bahawa anggota kabinet kali ini terdiri daripada barisan pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi dan mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno yang baru.

Esok juga, Najib dijangka mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddn Yassin sebagai timbalan perdana menteri.Di samping itu, Muhyiddin juga dijangka dilantik menerajui kementerian dalam negeri.Selain membariskan ramai muka baru, kabinet esok juga dijangka menyaksikan penggabungan beberapa kementerian.Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memenangi jawatan naib presiden Umno, akan kekal menerajui kementerian pelajaran yang dijangka digabungkan dengan kementerian pengajian tinggi.Nama-nama lain yang disebut-sebut akan membarisi kabinet baru termasuklah ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dijangka menerajui kementerian belia dan sukan.Menteri penerangan baruManakala penyandangnya, Datuk Ismail Sabri Yaakob - yang turut menang kerusi Majlis Tertinggi Umno - dijangka dipindahkan ke kementerian pelancongan.
Seorang lagi muka ialah Senator Datuk Azian Osman yang dijangka dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri (JPM).Beliau yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menduduki tempat keempat dalam senarai pemenang kerusi MT Umno.
Naib ketua Pemuda Umno yang baru - Datuk Razali Ibrahim - juga dijangka dilantik menerajui kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.Manakala seorang lagi muka baru ialah ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang dijangka dilantik menerajui kementerian penerangan.
Manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang kini menteri di jabatan perdana menteri - dijangka dilantik menggantikan Muhyiddin di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).Chor Ha menteri perumahan?Ahmad memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi. Sseorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka dilantik sebagai menteri pertahanan.Manakala menteri pertahanan dijangka diisi oleh seorang lagi muka baru - Datuk Zainal Abidin Osman.Beliau yang menduduki tempat kelima kerusi MT juga merupakan bendahari Umno Pulau Pinang.Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula dijangka dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di JPM.
Manakala Naib Presiden MCA yang baru - Kong Chor Ha - dijangka dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.Malaysiakini difahamkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rembau tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.
-Malaysia Kini
read more ..

Tuesday, April 7, 2009

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:

1. Akauntan Gred W41

2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27

4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

5. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17

6. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

7. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

8. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17

9. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

10. Pembantu Tadbir Rendah Gred N11

11. Pemandu Kenderaan Gred R3



Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :



http://www.keda.gov.my/

http://www.keda.gov.my/iklaneka/vacancies-apply-2009.pdf



Tarikh Tutup: 14 April 2009 read more ..

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.Keutamaan diberikan kepada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR.



JAWATAN:

1.Pegawai Tadbir Gred N41

2.Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41

3.Jurutera Awam / Elektrik Gred J41

4.Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred

5.Juruukur Bangunan Gred J41

6.Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

7.Pegawai Undang-Undang Gred L41

8.Pembantu Teknik Awam Gred J29

9.Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J29

10.Pembantu Teknik Bangunan Gred J29

11.Pembantu Teknik Landskap Gred J29

12.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

13.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

14.Pembantu Undang-Undang Gred L29

15.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

16.Penolong Pegawai Pertanian Gred G27

17.Artis Budaya Gred B27

18.Ahli Muzik (Drum/Perkusi) Gred B27

19.Pembantu Tadbir P/O Gred N17

20.Pembantu Penguatkuasa Gred N17

21.Pembantu Penguatkuasa (Waran Tangkap)Gred N17

22.Juruteknik Awam Gred J17

23.Juruteknik (Ukur Bahan) Gred 17

24.Juruteknik Landskap Gred 17

25.Pelukis Pelan Gred J17

26.Juruteknik Bangunan Gred J17

27.Pembantu Juruaudit Gred W17

28.Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

29.Pembantu Akauntan Gred W17

30.Pembantu Perpustakaan Gred S17

31.Pembantu Pertanian Gred G17

32 Pembantu Tadbir Rendah Gred N11

33.Perkerja Awam Gred R1


Maklumat Lanjut & Borang Permohonan : http://www.mpsj.gov.my

Tarikh Tutup: 27 April 2009 read more ..

Kerjaya di Permodalan Nasional Berhad




Di PNB, kami gigih untuk mencapai kecemerlangan dan menilai prestasi kami berdasarkan tanda aras industri tempatan dan antarabangsa. Kami mengalu-alukan individu yang berminat untuk menyahut cabaran dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan PNB.



Untuk peluang pekerjaan, sila hubungi / HANTAR RESUME & SURAT RASMI KEPADA:-




Ketua

Jabatan Operasi Sumber Manusia & Pentadbiran
Tingkat 35, Menara PNB
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur



Tel : 60 (3) - 2050 5100
Faks : 60 (3) - 2050 5300


ATAU MELALUI-



Email : recruit@pnb.com.my

read more ..

Kerjaya di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

Kami sentiasa mencari individu yang berbakat, komited dan boleh bekerja sebagai satu kumpulan. Sila hantarkan resume kepada :

Ketua,
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

E-mail : hr@punb.com.my

http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_corp&pg=bm_corp_career&ac=111 read more ..

Kecoh gara-gara 'pengundi hantu'

Apr 7, 09 3:24pm


Kekecohan tercetus apabila penyokong PAS menghalang penumpang turun dari sebuah bas yang berhenti di SK Panglima Bukit Gantang kerana mengesyaki mereka pengundi hantu.Menurut saksi, bas dengan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tiba kira-kira jam 1.15 tengahari tadi, penuh dengan penumpang wanita.Bas tersebut berhenti di depan sekolah tersebut - yang dijadikan pusat pembuangan undi bagi pilihanraya Bukit Gantang - dan ketika penumpang turun, mereka dihalang oleh kumpulan penyokong pembangkang itu.Saksi itu berkata, apabila penumpang bas ditanya sama ada hendak pergi mengundi, mereka berkata "tidak tahu".Susulan itu, kata saksi lagi, berlaku kekecohan antara penyokong PAS dan BN. Bas tersebut kemudian beredar dari situ tetapi beberapa penyokong PAS kelihatan mengekorinya.Sewaktu kekecohan itu berlaku, seorang penyokong BN kelihatan membaling botol air ke arah penyokong PAS.Empat trak anggota polis pencegah rusuhan FRU tiba pada kira-kira jam 1.30 tengahari dan bas tersebut dipandu masuk ke kawasan bilik gerakan Umno.
-Malaysia Kini
read more ..

Monday, April 6, 2009

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam tindakan untuk memenuhi permintaan Bahagian-Bahagian yang memerlukan tenaga kerja tambahan sementara / singkat / kontrak pelbagai jawatan dan gred. Antara jawatan-jawatan sementara / singkat / kontrak yang akan ditawarkan adalah seperti berikut :

1. Pegawai Tadbir Gred N41

2. Jurutera Gred J41

3. Juru Ukur Bahan Gred J41

4. Arkitek Gred J41

5. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

7. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

8. Pembantu Teknik Gred J29

Maklumat Lanjut&BorangPermohonan :

http://www.moha.gov.my
http://www.moha.gov.my/forms/Borang%20Permohonan%20eRECRUIT%20KKDN.doc

Tarikh Tutup: 17 April 2009 read more ..

Sunday, April 5, 2009

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SMIDEC)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

Jawatan:


-PEGAWAI EHWAL EKONOMI E48

-PEGAWAI UNDANG-UNDANG L44

-PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

-PEGAWAI PENERANGAN S41

-JURUAUDIT W41

-PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27

-PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27

-PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17

-OPERATOR MESIN PROSESAN DATA F14

-PEMBANTU AM PEJABAT N1


Maklumat Lanjut & Borang Permohonan:

http://www.smidec.gov.my/

(Job Vacancy)

Tarikh Tutup: 22 April 2009 read more ..

Kempen kian hangat

Polis beri jaminan keselamatan di tiga kawasan pilihan raya kecil



BUKIT GANTANG: Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Air, Sarawak bertambah sengit apabila parti yang bertanding berkempen habis-habisan termasuk mengatur strategi terakhir menjelang hari pengundian, esok. Beberapa kekecohan juga dilaporkan berlaku semalam hingga menghangatkan suasana, tetapi polis memberi jaminan keselamatan di tiga kawasan pilihan raya kecil itu terjamin tanpa sebarang insiden serius yang boleh menjejaskan proses demokrasi.

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) mula memasang pemidang dan banting baru yang membawa slogan `Kepimpinan berwibawa, rakyat terbela' serta `Pembaharuan untuk kebaikan' - tambahan terhadap slogan sedia ada, iaitu `Mohon Restu Rakyat' serta 'Satu Impian, Satu Malaysia, Pilih BN'. Tinjauan Berita Harian mendapati pemidang itu turut menampilkan gandingan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta calon BN, Ismail Saffian. Pas pula menambah bendera dan pemidang lambang parti itu di beberapa tempat strategik dengan menggunakan slogan `Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat.'


Di SEPANG, Najib yang diminta mengulas hari terakhir berkempen menjelang pengundian esok berkata, BN akan memastikan semua janji yang dibuat kepada penduduk di tiga kawasan berkenaan, ditunaikan dan disempurnakan. "Apa yang kita tak nak ialah projek yang bersifat mi segera. Kalau projek itu betul-betul memberi manfaat kepada rakyat dan kita dah buat janji atau komitmen pada pilihan raya, maka kita tetap akan laksanakan. "Lebih daripada itu kejayaan dan kemenangan kita itu akan beri satu rangsangan yang amat bermakna kepada kerajaan dalam menangani segala-gala cabaran dari segi politik dan ekonomi," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Sementara itu, Timbalan Presiden Umno yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui fasa terakhir kempen hari ini adalah saat kritikal dan genting.


"Kita menggandakan gerakan... bukan saja kempen dan operasi biasa tetapi jentera kita diperkukuhkan lagi. Kita harap mereka bekerja hingga selesai menemui semua pengundi dan memberi penjelasan beberapa perkara berbangkit yang memerlukan penjelasan," katanya selepas ceramah di Sekolah Kebangsaan Simpang di sini. Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya Kecil Pas, Asmuni Awi, berkata Pas memberi tumpuan terhadap kumpulan tertentu termasuk golongan tua yang dikenal pasti boleh mempengaruhi pengundi lain dalam kempen terakhirnya sebelum hari pengundian esok. "Mereka ada pengikutnya tersendiri dan perlu diyakinkan untuk menyokong Pas. Selain itu, kita akan berjumpa pengundi yang sedang sakit dan memerlukan bantuan," katanya.

Di SUNGAI PETANI, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata semua jentera BN diarah membuat persiapan menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan ke Bukit Selambau, hari ini. Dr Mahathir yang ditemui selepas perlumbaan F1 di Sepang, berkata beliau akan ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan berharap dapat memujuk pengundi menyokong BN. Mengenai kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau bukan faktor yang menakutkan, Dr Mahathir berkata: "Tidak juga... saya dengar mereka menyediakan telur busuk untuk baling saya. Tak apalah, kulit saya lebih tebal daripada Anwar."

Di LUBOK ANTU, calon BN di DUN Batang Air, Malcom Mussen Lamoh, berkata fasa terakhir kempen difokuskan di kawasan yang boleh dihubungi dengan jalan darat, terutama di Lubok Antu. Timbalan Pengarah Operasi BN bagi pilihan raya kecil berkenaan, Gerang Jubin, pula berkata pihaknya mempunyai beberapa strategi terakhir bagi menghadapi calon PKR, Jawah Gerang. PKR pula menyusun strategi untuk menggempur kubu kuat BN di Sebangki, Lubok Antu, Skarok, Kaong, Bertik dan Ensawang. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan dari PKR, Dominique Ng, berkata setakat semalam semua kawasan di DUN Batang Air sudah dilawati jentera PKR, kecuali Batu Bebini dan Tinting Lelang yang akan digempur hari ini.



-Berita Harian read more ..

Kejutan Anwar hanya selepas 7 April?

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.
"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.
"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.

"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).
"Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.
Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.
Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan.

Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP.
Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti.

"Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.




MStar Online read more ..

Friday, April 3, 2009

Anwar to announce ‘major surprise’ tonight, says PKR

SUNGAI PETANI: PKR has announced that a “major surprise” is in store tonight which it claims will determine the outcome of the Bukit Selambau by-election.
Party information chief Tian Chua and strategic planning director Saifuddin Nasution Ismail told a joint press conference yesterday that PKR had something important to announce at a mammoth ceramah by its de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim at Tye Seng Estate here.
Asked by the mass media about the “surprise,” Saifuddin said it would have a telling effect on the by-election, adding: “If the media misses it, be prepared to be scolded by your bosses.”
Saifuddin said the surprise was indirectly linked to the swearing-in of Datuk Seri Najib Tun Razak as the nation’s sixth Prime Minister yesterday.
Asked if the announcement would also create an impact on the Bukit Gantang and Batang Ai by-elections, Saifuddin said it remained to be seen.
He was evasive when asked if the announcement would be on speculation that former Bukit Selambau assemblyman V. Arumugam would return from a sabbatical in India to campaign for PKR or whether there were defections among Barisan Nasional representatives.


-The Star read more ..

PM umum bebas 13 tahanan ISA, batal larangan ke atas akhbar PAS, PKR

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindraf, turut dibebaskan.


"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu.


Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1 malam ini.

"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini," tambahnya.

Dalam ucapan lapan minit itu, Najib juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.
"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.
Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan berkenaan dan membebaskan tahanan ISA.
Mereka yang akan dibebaskan ialah dua pemimpin Hindraf, tiga rakyat asing dan lapan anggota Darul Islamiyah.
Dua pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam V Ganabatirau, 40, dan R Kenghadharan, 40.
Mereka adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan hampir dua tahun. Tiga orang lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36.
Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A.Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnnya berakhir tahun depan. Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007. Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003. Tempoh tahanan beliau sepatutnya berakhir pada 2011.
Menurut Menteri Kementerian Dalam Negeri, mereka ini dibebaskan kerana tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada negara.


Dalam ucapan itu juga Najib berkata, sudah tepat masanya mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah. Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dan pembebasan tahanan ISA itu, dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak. Tabloid dwimingguan Harakah dan mingguan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac - tindakan yang dianggap cuba menghalang keberkesanan kempen dua parti itu dalam pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.


Najib juga berkata, beliau menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga.


"Saya komited, kepimpinan akan berdiri kukuh untuk menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita.


"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.


"Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat 'satu Malaysia' - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."




-Malaysia Kini read more ..

Advertise / Iklan

 

blogger templates | Make Money Online