blockquote { margin: 0; padding: 0 10px 0 10px; border-left: 6px solid #f7e8d8; border-right: 6px solid #f7e8d8; color: #ba8247; } code { color: #ba8247; } hr { display: none; } /* layout ----------------------------------------------- */ #outer-wrapper { margin: 0 auto; width: 900px; text-align: left; font: normal normal 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header-wrapper { padding-bottom: 15px; background:url(http://img444.imageshack.us/img444/103/headbgzc4.jpg) no-repeat left bottom; } #header { background: #634320 url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_header.gif) repeat-x left bottom; } #content-wrapper { position: relative; width: 900px; background: #f7f0e9 url(http://i61.photobucket.com/albums/h59/c_stavanger/thisaway-back.jpg) repeat-y left top; } #main-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 2px; padding: 0; width: 480px; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } #main { padding: 22px 8px 0 8px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_content.gif) repeat-x left top; } .post { margin: 0 8px 14px 21px; padding: 0; border-bottom: 3px solid #f7e8d8; } #comments { margin: 0 16px 14px 29px; padding: 10px; border: 1px solid #f0e0ce; background-color: #f5ede4; } .sidebar-wrapper { display: inline; /* fixes a strange ie margin bug */ float: left; margin: 0 3px; width: 200px; color: #634320; line-height: 1.4em; font-size: 90%; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar.gif) repeat-x right top; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */ } .sidebar { padding: 7px 11px 0 14px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_sidebar_arrow.gif) repeat-y right top; } .sidebar .widget { margin-bottom: 20px; } #footer-wrapper { padding-top: 15px; background: url(http://img184.imageshack.us/img184/5586/bottombglh3.jpg) no-repeat left top; clear: both; } #footer { background: #4A2F15; text-align: center; min-height: 2em; } /* headings ----------------------------------------------- */ #header h1 { margin: 0; padding: 24px 0 0 84px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_header.gif) no-repeat 16px 26px; } h2.date-header { margin: 0; padding: 0 0 0 29px; text-transform: uppercase; color: #c8ab8f; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_date.gif) no-repeat 13px 0; font-size: 80%; font-weight: normal; } .date-header span { margin: 0 0 0 5px; padding: 0 25px 0 25px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/bg_date.gif) no-repeat 0 0; } .sidebar h2 { padding: 1px 0 0 36px; color: #bd9e80; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_heading.gif) no-repeat 0 45%; font: normal bold 100% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .sidebar .Profile h2 { color: #957252; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_sidebar_profileheading.gif) no-repeat 0 45%; } .post h3 { margin: 13px 0 13px 0; padding: 0; color: #ba8247; font-size: 140%; } .post h3 a, .post h3 a:visited { color: #ba8247; } #comments h4 { margin-top: 0; font-size: 120%; } /* text ----------------------------------------------- */ #header h1 { color: #fef6ee; font: normal bold 200% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } #header .description { margin: 0; padding: 7px 16px 0 84px; color: #fef6ee; font: normal normal 80% Helvetica,Arial,Verdana,'Trebuchet MS', Sans-serif; } .post-body p { line-height: 1.4em; /* Fix bug in IE5/Win with italics in posts */ margin: 0; height: 1%; overflow: visible; } .post-footer { font-size: 80%; color: #c8ab8f; } .uncustomized-post-template .post-footer { text-align: right; } .uncustomized-post-template .post-footer .post-author, .uncustomized-post-template .post-footer .post-timestamp { display: block; float: left; text-align: left; margin-right: 4px; } p.comment-author { font-size: 83%; } .deleted-comment { font-style:italic; color:gray; } .comment-body p { line-height: 1.4em; } .feed-links { clear: both; line-height: 2.5em; margin-bottom: 0.5em; margin-left: 29px; } #footer .widget { margin: 0; padding: 0 0 15px 55px; color: #fef6ee; font-size: 90%; line-height: 1.4em; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_footer.gif) no-repeat 16px 0; } /* lists ----------------------------------------------- */ .post ul { padding-left: 32px; list-style-type: none; line-height: 1.4em; } .post li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #comments ul { margin: 0; padding: 0; list-style-type: none; } #comments li { padding: 0 0 1px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 3px; } .sidebar ul { padding: 0; list-style-type: none; line-height: 1.2em; margin-left: 0; } .sidebar li { padding: 0 0 4px 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_list_item.gif) no-repeat 0 3px; } #blog-pager-newer-link { float: left; margin-left: 29px; } #blog-pager-older-link { float: right; margin-right: 16px; } #blog-pager { text-align: center; } /* links ----------------------------------------------- */ a { color: #bf4e27; font-weight: bold; } a:hover { color: #8f3213; } a.comment-link { /* ie5.0/win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } html>body a.comment-link { /* respecified, for ie5/mac's benefit */ background: url(http://www.blogblog.com/thisaway/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } .sidebar a { color: #e2a059; } .sidebar a:hover { color: #ba742a; } #header h1 a { color: #fef6ee; text-decoration: none; } #header h1 a:hover { color: #d9c6b4; } .post h3 a { text-decoration: none; } a img { border-width: 0; } .clear { clear: both; line-height: 0; height: 0; } .profile-textblock { clear: both; margin-bottom: 10px; margin-left: 0; } .profile-img { float: left; margin: 0 5px 5px 0; padding: 3px; border: 1px solid #ebd4bd; } .profile-link { padding: 0 0 0 17px; background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_blue/icon_profile.gif) no-repeat 0 0; } /** Page structure tweaks for layout editor wireframe */ body#layout #main, body#layout #sidebar { padding: 0; } -->

Friday, May 1, 2009

RM1 juta milik siapa?




Debaran finalis One In A Million musim ketiga - Esther, Aweera dan Tomok bakal berakhir malam ini.


PELBAGAI telahan dan ramalan mula bermain di benak fikiran serta diperkatakan berkenaan siapa yang bakal menyandang gelaran juara One In A Million musim ketiga (OIAM3) dalam misi merebut ganjaran wang RM1 juta malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Berdasarkan trek pencapaian dua musim terdahulu, juara yang berjaya memikat hati pengundi program yang bersiaran di 8TV bermula jam 8.30 malam ini didominasi peserta wanita. Suki dan Ayu masing-masing terus menerjah persada seni selepas ditabalkan sebagai juara OIAM 1 dan 2. Malah berkat kejayaan itu, mereka turut dijanji merakamkan album mengikut kontrak yang ditetapkan. Tidak seperti Suki yang sudah muncul dengan album pertama, Ayu kini sedang menghitung detik untuk melancarkan buah tangan sulungnya.


Siapa yang bakal mengikuti jejak mereka pada tahun ini masih belum dapat dirungkaikan. Malahan, hingga kini keputusan sama ada tiga atau dua peserta saja yang bakal berentap di pentas akhir juga hanya bakal terjawab pada peringkat akhir nanti dan semuanya berdasarkan undian SMS yang masih dibuka hingga sekarang. Lalu, siapa yang mampu mencipta kejutan musim ini di antara Tomok, Aweera dan Esther?
Apakah Esther gadis biasa dari Kota Kinabalu, Sabah yang dipuji melangit kerana kehebatan vokalnya mampu meneruskan legasi golongan yang diwakilinya. Tak dinafikan kelibat gadis montok ini mendapat perhatian kerana mendapat sokongan padu pengundi yang meminatinya. Atau mungkin tuah bakal menyebelahi jejaka Perlis bernama Aweera yang tegar memperjuangkan muzik rock. Namun, jangan sesekali dilupakan vokalis Newboyz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang memberikan persembahan bertenaga dan memberangsangkan secara 'mengejut'.
Tiada lagi imej 'tangkap leleh' MENURUT Tomok, dia menanam impian dan bertekad untuk menjadi artis dan lelaki sulung pertama mengecap kemasyhuran sebagai penyandang juara OIAM3. Melihat Tomok kini jelas tiada lagi gaya nyanyian 'tangkap leleh', bahkan dia semakin selesa menampakkan sisi barunya yang baru diterokainya. "Dalam kegembiraan berada di tahap ini, saya juga tidak boleh menyembunyikan debaran pada peringkat akhir nanti. Sepanjang minggu bersaing, saya tidak pernah rasa selesa dengan kedudukan dan pujian yang diperoleh. Malah, perasaan mungkin tersingkir itu sering menerjah. Harapnya transformasi saya keluar daripada kepompong lama akan memberi hikmah dan memohon supaya rezeki menyebelahi saya kelak. "Apa yang saya perlu tumpukan kini ialah kepada muzik yang bakal dipersembahkan malam itu nanti termasuk keserasian dengan komposer Aubrey Suwito dan band pengiring. Sasaran saya hanya mahu menebus kembali maruah lelaki dan memecah tradisi sebelum ini untuk menjadi juara," kata Tomok yang bekerja keras membuktikan kewujudannya dan kini sudah mula selesa memilih pop rock sebagai pilihan muziknya.

Andai ganjaran RM1 juta itu menjadi miliknya, Tomok yang melihat Esther dan Aweera sebagai saingan sengitnya memberitahu, dia bercadang untuk membuka sebuah studio rakaman yang lengkap di samping menghasilkan sebuah album solo yang berkualiti. "Selepas 10 tahun bersama Newboyz, saya ingin tampil dengan sebuah album solo namun itu tidak bermaksud saya akan lupakan terus kumpulan kesayangan saya. Siapa tahu saya boleh muncul bersama mereka untuk projek khas seperti mana yang dilakukan sesetengah kumpulan muzik tanah air kita. "Mungkin selama ini, saya terikat dengan kehendak syarikat rakaman dalam menghasilkan sesebuah album tapi tidak lagi sekarang kerana saya sudah mula nampak hala tuju saya yang sebenarnya dan semuanya bermula bagai sebuah magis selepas saya menyertai OIAM3," katanya yang sudah tidak lagi mengikat kontrak bersama Suria Records.
Tak mungkin korban rambut BAGI Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, dia sendiri tidak menjangka akan berada di kelompok tiga terakhir. Namun katanya, rezeki yang datang ini tidak harus dipersiakan dan dia kini positif serta bersedia melangkah ke pentas akhir dengan penuh bergaya. Seperti yang lain, yang begitu mengidamkan wang yang ditawarkan itu, Aweera juga berhasrat untuk membantu mengurangkan bebanan keluarganya termasuk membuka studio dan tampil dengan album memperjuang muzik rock moden. "Insya-Allah, kalau menang saya juga bernazar nak adakan kenduri kesyukuran. Tapi kalau nak korbankan rambut saya ini memang saya kena fikir banyak kali. Saya juga bercadang untuk membuat rawatan mencantikkan kulit muka saya juga," kata Aweera yang sudah mula nampak realiti sebenar dunia hiburan yang bakal diterjahnya beberapa hari lagi.
Sementara itu, Elizabeth Applunius Chin atau Esther yang sebelum ini pernah bekerja sebagai penyanyi lounge di Nexus, Karambunai, Kota Kinabalu, dia bercadang untuk memanfaatkan ganjaran yang mungkin diperoleh nanti jika diumumkan sebagai juara OIAM3 untuk menyambung pengajiannya yang terbengkalai. "Sepatutnya saya sudah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang muzik, tetapi sebab ditawarkan menyertai OIAM3, saya harus lupakan buat seketika. Harapan saya kalau menang RM1 juta, mungkin saya dapat meneruskan hasrat itu. "Malah, saya juga mahu menimba ilmu dalam meneroka suara saya termasuk menghadiri kelas vokal dan kelas bahasa Inggeris demi memantapkan kelemahan yang saya ada. Saya juga kena terus mengurangkan berat badan yang semakin mengembang ini," katanya yang pernah mencuba nasib menerusi pertandingan Akademi Fantasia selama empat kali. Ditanya mengenai saingannya yang paling terdekat, Esther tidak berselindung memberitahu Tomok antara pencabar terkuatnya. Usik gadis kelakar ini, jika dia bergelar penonton . OIAM 3 sekalipun, nescaya dia juga akan terpaut hati untuk mengundi jejaka comel itu. "Sejak minggu pertama lagi, saya lihat perjalanan Tomok di dalam OIAM 3 bermula daripada undian yang kurang sehinggalah usahanya untuk terus menonjol. Dia setia disokong peminat fanatiknya. Kalau saya jadi pengundi pun, pasti saya akan undinya kerana terpikat pada wajah comelnya. "Sepanjang mengenalinya, saya melihat dia seorang lelaki yang budiman dan tak sombong.
Begitu juga dengan Aweera yang selalu berkongsi masalah keluarganya dan sebagai kawan saya ada menasihatinya apa yang patut. Pengalaman Tomok bergelar artis juga saya titip sebagai ruang terbaik untuk mempelajari dunia sebenar yang bakal saya lalui nanti," kata Esther yang bersyukur ada pihak yang mempercayai bakat nyanyiannya dan cenderung memilih lagu berentak R&B.
INFO: OIAM 3

-Seperti kebiasaan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, juara OIAM3 akan menandatangani kontrak bersama Monkey Bone dan diuruskan di bawah 8Unit.
Bagi yang tidak menang, finalis yang lain turut akan dibantu 8TV selama tiga bulan bermula selepas selesai pertandingan kemuncak nanti sebagai bantuan sementara buat mereka sebelum dilepaskan untuk berdikari.

-Kata Izham, tidak mustahil bagi finalis yang tidak bergelar juara tetapi mempunyai potensi luar biasa untuk terikat sebagai artis rakaman Monkey Bone dan diuruskan 8Unit. Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada perubahan dan perbincangan.

-Izham melihat finalis top 3 sebagai sangat bagus dan terbaik. Katanya, Esther mampu memberi lenggok nyanyiannya dengan baik menerusi susunan muzik. Manakala, Aweera dilihat kepada keberaniannya memperjuangkan muzik rock dan Tomok merujuk kepada transformasi dan kejutannya kebelakangan ini.

-Penghasilan album yang dijanjikan kepada juara OIAM tertakluk kepada artis itu sendiri dalam tempoh setahun. Kata Izham, sebolehnya pihak terbabit ingin mempercepatkan proses pembikinan album itu.

-Ada beberapa negara seperti Filipina dan Vietnam yang berminat untuk menyadur program OIAM ini kerana melihat konsep yang dipersembahkan amat menarik. Aweera, Tomok dan Esther juga akan muncul memeriahkan Anugerah Industri Muzik ke-16. Malah juara turut diundang sebagai penyampai anugerah pada malam itu nanti.
Lagu finalis:

-Esther akan menyanyikan lagu baru berjudul Mimpiku nukilan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Lew Mable. Untuk lagu kedua, dia bakal mengalunkan lagu dendangan Rihanna, Please Don't Stop The Music

-Tomok pula mendapat kepercayaan Aubrey Suwito menyanyikan lagu Rindu Terhenti yang mana liriknya tulisan Tinta S. Lagu seterusnya, lagu popular nyanyian asal Aizat berjudul Hanya Kau Yang Mampu.

-Aweera menyanyikan lagu ciptaan Lin Li Zhen dan lirik, Pacha O berjudul Ku Di Sini. Untuk lagu kedua, Aweera mendendangkan tiga lagu, Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma secara medley.
-Berita Harian

1 comment:

  1. Tak sangka Tomok menang One In a Millionaire. Tahniah..

    ReplyDelete

Advertise / Iklan

 

blogger templates | Make Money Online